Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini Mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai Pembantu Pengarah di Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor. Beliau berasal dari Kg. Talang, Lambor Kanan, Parit Perak.
Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu, lapor Malaysiakini.
Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram. Penahanan itu dibuat di Klang. Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang. Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi.
Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut. Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata Mustafar. Tambahnya, mayat Ahmad ditemui terbaring di atas gelanggang badmintion pada jam 10.15 pagi. Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.
Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara. Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing. Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya.

2 ulasan:
Eхcellеnt way οf ԁeѕcгibing, аnd nіce
ρiece of writіng to tаκe ԁаta regaгding my preѕеntatiοn ѕubject, which і am gοing to conνey in
аcaԁеmy.
Fеel fгee tο surf to my web ѕite - payday loans
Attractive section of content. ӏ just stumbleԁ upon
your ωeb site and in aсcesѕiοn caρіtal
to assert that I get in fact enjoyed account youг blog
ρosts. Any way Ι'll be subscribing to your augment and even I achievement you access consistently rapidly.
Look at my homepage :: payday loans
Catat Ulasan