KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Januari 07, 2011

Mengapa orang Umno suka terus bela pemimpin perogol, cekup khalwat, rosak akhlak?


Ia sudah tidak menjadi rahsia lagi. Umno mempunyai pasukan yang lengkap sekarang. Ada perogol, ada yang terlibat rasuah, ada yang memunggah kekayaan dan tidak kurang juga, ada yang sedang menanti masa untuk merengkok dalam penjara.

Malangnya, dalam isu menteri perogol, individu yang dituduh buat-buat tidak tahu, ketika semua mata memerhatikan gerak-gerinya sebagai seorang menteri yang bakal merengkok ke dalam penjara.

Sepatutnya, jika menteri berkenaan merasakan dia tidak bersalah dan dia tidak takut untuk berdepan dengan serangan ini, mengapa tidak dia tampil memberikan kerjasama kepada perdana menteri, mempelawa pihak berkuasa menyiasat dirinya.

Ada beranikah? Kalau berani, rasanya sudah lama dia mencabar. Maklumlah, khabarnya bila ada tuduhan terhadap seorang menteri, kononnya ada anaknya terlibat dalam perbekalan komputer sedikit waktu dahulu, berkejar dia ke balai polis membuat laporan.

Setakat ini, tidak pula diketahui sejauh mana kemajuan siasatan polis terhadap dakwaan ini, tetapi keberanian yang ada dalam diri seorang menteri ini, cukup-cukup luar biasa.

Sebenarnya, dia tidak tertahan dengan serangan dari blogger hingga memanggilnya tampil membuat laporan polis. Hari ini, bila timbul semula cerita ini, seorang menteri terlibat dengan dakwaan merogol pembantu rumah, senyap anggota kabinet Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Najib sendiri, senyap dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin juga menyepi. Padahal, kedua-dua mereka ini, cukup rajin mengulas, jika ada isu dan dakwaan yang dihalakan kepada kerajaan dan mereka berdua.

Desas-desus ini timbul semula kebelakangan ini, dengan mengatakan Menteri berkenaan sudah tidak berada di dalam kebinet sejak 2007. Maknanya, hayat politiknya sehingga itu sahaja.

Tetapi, desas-desus baru ini timbul semula dengan dakwaan mengatakan, menteri tersebut, yang didakwa terlibat dengan dakwaan merogol pembantu rumah ini, masih berada di dalam kabinet dan orang ramai sudah memberikan fokus kepadanya.

Dia mungkin sudah tidak lena tidur malamnya. Dia mungkin diserang dengan keresahan yang amat parah. Tetapi, jika dia mengaku dan mengundurkan diri, takut pula isterinya yang sering berkaca mata hitam akan menanggung malu yang amat sangat.

Maklumkan, dari cerita yang dikutip ini, isteri menteri inilah yang menghantar pembantu rumah ini pulang ke Jawa, Indonesia dengan bayaran tutup mulut, supaya karier suaminya aman dan dia tidak menanggung malu! Aduh, dahsyatnya Umno. Pakej jenayah lengkap berada bersama-sama politik wang dan rasuah yang berakar-umbi.

Kalau bercakap soal moral, mereka terkehadapan tetapi menteri ini dikatakan masih mahu bertahan lagi di dalam kabinet kerana dia merasakan jika ada seorang Menteri yang tersebar video kelakuan seksnya masih boleh menang bertanding jawatan tertinggi dalam parti, mengapa kesalahan rogolnya mahu dianggap sebagai satu kesalahan jenayah?

Jika Menteri yang video seks yang tersebar mengatakan isterinya menyokong dia walaupun dia telah melakukan kesilapan, barangkali, Menteri ini juga akan mengatakan perkara yang sama, isterinya masih berminat naik ke pentas mengiringinya di majlis-majlis glamour.

Mengharapkan Menteri ini mahu tampil membersihkan namanya, mustahil. Samalah seperti menanti kucing bertanduk atau kancil betina melahirkan anak gajah.

Betul kata pepatah Melayu, berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau berani, tampillah. Bersihkan nama sendiri demi maruah kerajaan, maruah keluarga dan maruah parti yang dia wakili. Dalam Umno, terlalu sukar mahu menolak desas-desus jijik seperti ini kerana semakin ditolak, semakin ia datang.

Sedikit waktu dahulu, seorang Adun Umno di Pulau Pinang dikhabarkan ada skandal dengan isteri orang. Tetapi, tidak pula kedengaran apa-apa tindakan dikenakan oleh Umno, malahan Adun itu masih dipilih bertanding dan masih menjadi Adun sekarang di Pulau Pinang.

Di Selangor tidak lama dahulu, seorang bekas Adun ditemui meninggal dunia bersama-sama seorang janda yang juga merupakan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian. Polis menyifatkan kematian itu sebagai membunuh dan bunuh diri.

Beberapa tahun dahulu, seorang pemimpin MIC tersingkir kerana dakwaan video seks yang gagal dinafikannya. Jika mahu disenaraikan, tidak cukup ruang untuk meceritakan pelbagai hal dan perangai mereka yang memegang jawatan di dalam Umno.

Tetapi itu tidak boleh menjadikan menteri yang didakwa perogol ini dilepaskan begitu sahaja. Semua pihak perlu tampil membantu mencari keadilan. Jangan ingat wanita Indonesia yang menjadi mangsa, maka kesalahan tidak dianggap sebagai kesalahan.

Sepatutnya Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri yang berkenaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pendedahan dilakukan sesawang Wikileaks dan mana-mana pihak yang terlibat menyebar luas dakwaan ini, jika merasakan ia hanya fitnah.

Menurut ceritanya, kes ini terjadi dalam tahun 2007, apabila sepucuk surat dari adik amah ini dihantar kepada Migrant Care, iaitu Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Memberog Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Worker’s Convention) yang beralamat di Jalan Pulo Asem I C 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

NGO yang menyiasat dakwaan itu menghantar tiga sukarelawan ke rumah Robengah, amah terbabit, di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Selepas membuat penyiasatan dan menebual mangsa, Migrant Care mengeluarkan satu  (Exutive Director) dan Alex Ong (Country Director). Kenyatan ini kemudiannya disiarkan Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember 2010 selepas dokumen siasatan ini didedahkan sesawang Wikileaks.

Dokumen siasatan kes rogol oleh menteri ini dikatakan sudah sampai ke Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta dan Pejabat Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi.

Sumber >> Safar Jumaat, seorang penulis bebas yang rapat dengan serambi Umno

Tiada ulasan: