Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam (gambar) mahu mantan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo mendedahkan bukti berhubung dakwaan beliau minta RM10 juta untuk meninggalkan PKR. Katanya, jika Khir berani, beliau sepatutnya tampil mendedahkan bukti, bukannya sengaja memburukkan namanya.
"Dia boleh cakap dia ada bukti, tunjukkan kepada saya. Buktikan bahawa saya yang panggil dia untuk jumpa. Buktikan! Tapi kenapa lepas empat tahun, dia (Khir) cakap dalam akhbar Sinar Harian (17 Mei lalu), bahawa BN tidak mengamalkan cara begini.
"Kalau betul, kenapa tak buat laporan polis ke atas saya. Kamu (Khir) boleh lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Batu, 26 Mei lalu di Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar. Turut berceramah bekas Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Zainuddin Mohd Yusuf; Dr Ann Wan Seng dan YDP PAS, Ishak Surin.
Tegas Manikavasagam, bagi membuktikan laporan itu berniat jahat, beliau akan membuat laporan polis dan memanjangkannya bagi menyaman penyebar berita itu. "Dalam kes ini, saya akan buat laporan polis berdasarkan laporan bertajuk 'MP Kapar Minta RM10 Juta Dari Khir Toyo Untuk Keluar PKR' ditulis oleh M Zakrul Adam yang dikutip daripada blog Sel13.com.
Mengimbas kembali kejadian yang didakwa beliau bertemu dengan Khir untuk meminta wang RM10 juta, Manikavasagam memberitahu, beliau sendiri terkejut dengan dawaan tersebut. "Dia (Khir) yang cakap dengan saya begini: YB, jika kamu tidak gembira, datanglah kepada kami (BN). Kami akan jaga kamu. Kami akan beri kamu duit RM10 juta.
"Bukan dari mulut saya, semuanya dari mulut dia. Kemudian saya cakap, tengoklah… tidak sampai lima minit, dia (Khir) terus jalan (pergi)," katanya menceritakan empat tahun lalu ketika terserempak dengan Khir di sebuah kafeteria hotel di Shah Alam.
Mengulas lanjut, Manikavasagam memberitahu, pujukan dan tawaran untuk keluar parti turut dialaminya sejak beberapa tahun dahulu tetapi pendiriannya tetap utuh bersama Pakatan Rakyat. "Sejak 2008, saya sudah senaraikan beberapa orang yang mahu saya keluar parti, sehingga sanggup menunggu berjam-jam di luar rumah saya. Mereka letak kereta di depan rumah saya."
Manikavasagam dalam ceramah ini, turut mendedahkan Exco Kerajaan Negeri Perak, Dato' Hamidah Osman pernah datang ke rumah dan pejabat beliau di Kapar untuk tujuan perundingan 'jualbeli' agar beliau meninggalkan PKR.
2 ulasan:
Genuinely no mаtter іf someone doesn't be aware of then its up to other users that they will assist, so here it happens.
Take a look at my web page - fast payday loans
Wonderful beat ! I wish to apprentice while you amend your site, how can i subscribe for a blog site?
The account helped me a acceptable deal. I had been a little bit acquainted
of this your broadcast offered bright clear concept
my webpage Emergency Plumbers Dublin
Catat Ulasan