KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 07, 2008

PENGUNDI HANTU Tiba Di Terengganu, 5 BAS DITAHAN!

Datuk Mustapha Ali menggesa petugas-petugas PAS di Terengganu menahan seseorang yang disyaki sebagai pengundi hantu di pusat-pusat mengundi esok!

By MALAYSIAKINI

PIHAK polis telah memberi perlindungan kepada pengundi hantu yang di datangkan dengan lima buah bas yang membawa pelajar pusat pengajian tinggi selepas dikepung oleh kira-kira 150 petugas pilihanraya Barisan Alternatif.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayob Yaakob berkata, lima bas tersebut dikepung di perkarangan Masjid Terapung, di Kuala Ibai, Kuala Terengganu awal pagi tadi, demikian lapor Malaysiakini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata, polis dimaklumkan oleh orang ramai mengenai kejadian itu kira-kira jam 5 pagi.

Sehubungan itu, katanya seramai 80 orang anggota polis telah dikejar ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan.

Katanya, pihak polis bertindak membawa bas-bas dan semua pelajar berkenaan ke tempat yang selamat.

Ayub tidak menyatakan tempat selamat tersebut tetapi Malaysiakini difahamkan, mereka dibawa ke perkarangan Wisma Darul Iman, iaitu kompleks pejabat kerajaan negeri Terengganu.

Pada masa yang sama, empat buah bas lagi yang membawa pelajar kumpulan yang sama, berada di Marang, juga dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.

Apabila mendapat tahu mengenai kejadian tersebut, mereka telah meminta bantuan polis di Marang untuk mengiringi mereka ke tempat yang selamat tersebut.

Menurut beliau, sembilan buah bas tersebut membawa seramai 350 orang, sebahagian besarnya penuntut pusat pengajian tinggi.

PAS mendakwa 190 buah bas dan 2,000 kereta yang membawa "pengundi hantu" telah dan sedang menuju ke Terengganu dan Kelantan untuk memastikan kemenangan BN.

"Ini angka yang dapat dikesan (oleh PAS), mungkin lebih ramai lagi," kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali.

Beliau mendakwa, projek membawa masuk pengundi-pengundi ini dijalankan oleh sebuah syarikat agensi pelancongan yang mendapat kontrak daripada sebuah yayasan milik kerajaan negeri itu.

Dalam sidang medianya pagi tadi, Mustafa mendakwa lagi, sebahagian besar mereka yang menaiki bas itu pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi, termasuk pelajar dari luar negara.

Terdapat juga pekerja asal Indonesia dan Burma di atas bas-bas terbabit, katanya lagi.

Menurut Mustafa, mereka sekarang ditempatkan di sekolah, chalet dan resort, selain pusat tahanan imigresen di Ajil, Hulu Terengganu.

Menurut tafsirannya, "pengundi hantu" itu terbahagi dua kategori: pekerja asing termasuk Indonesia yang bekerja dengan syarikat-syarikat di luar Terengganu, dan rakyat Malaysia yang tidak pernah tinggal di Terengganu tetapi mendaftar untuk membuang undi di negeri ini.

Beliau menggesa petugas-petugas parti itu menahan seseorang yang disyaki sebagai pengundi hantu di pusat-pusat mengundi esok.

Agen tempat mengundi, kata Mustafa, terdiri penduduk tempatan yang menyokong PAS dan mereka boleh mengenali wajah orang-orang luar yang cuba membuang undi.

"Jika mereka rasa was-was, mereka boleh minta pengundi tersebut isi borang untuk mengenal pasti identiti sebenar pengundi," katanya.

Sambil menegaskan beliau mempunyai bukti atas dakwaan-dakwaan ini, Mustafa berkata beliau dimaklumkan bahawa Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh telah mengadakan taklimat kepada pemimpin Umno tiga hari lalu.

Dalam taklimat tersebut, dakwa pemimpin PAS itu lagi, Idris yang juga pengerusi BN negeri berkata mereka mempunyai cara untuk menang, termasuk menggunakan pengundi hantu dan kad pengenalan palsu.

Mustafa, yang juga pengarah pilihanraya pusat PAS, berkata daftar pemilih di Selangor yang dikeluarkan untuk hari pengundian berbeza dengan daftar awal yang diedarkan sejak hari penamaan calon.

Katanya, pada pilihanraya 2004 kejadian seumpama itu pernah berlaku di Selangor sehingga perkara itu dibawa ke mahkamah.

Sidang media itu yang diadakan di pejabat perhubungan PAS negeri di Kuala Terengganu selepas tersebar berita sembilan bas telah ditahan awal pagi ini oleh penyokong-penyokong sebuah parti politik kerana disyaki membawa pengundi luar.

Mustafa juga menyatakan PAS menjangka dapat memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN di negeri itu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcm pukimak org2 pas ni...menyusahkan org...perangai lancau...x pasal2 bas aku malam ni kne cancel sbb syarikat bas takot nk jalan...wat keje bodo wat pe...org cuti2 skolah nk balik, korg menyusahkn org wat pe? menggelabah x tentu arah, kompem ke yg ditahan tu pengundi antu?pale otak bangang arr...aku x puas ati sbb aku pon jadik susah...bodoh konon guna name islam, tp menyusahkan org lain ade ke islam suh wat cmtu?bodo sgt2...x abis nk wat kecoh

Unknown berkata...

Bro 'tanpa nama', dah tau election fever/time biasa la benda2 mcm ni nk jadi. Dia org kompem ke tak bukan soal nye. yg bro marah2 tak patut gak.. cuba Mawi menyanyi full house sampai bas nak masuk trengganu pun tak leh, tak kan nak masuk forum blog mawi marah2 camni kot, heheh...apo nak di kato (",) kita kan org Melayu, jaga lah budi bahasa dan sopan santun hormat pada org yg lebih tua dari kita...hehehe.. awak marah org ari ni esok org marah awak pulak..tapi tak pe la kalo org marah awak takut kot silap2 Keluaga awak lak kena marah ngan org secara tak sengaja,heheh..sori arr bro 'tak dak nama..pikiaq-pikiaq la sama