UNTUK laporan terkini, saya mengutip catatan wartawan Malaysiakini, Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri malam tadi, yang memperihalkan Anwar bermalam dalam tahanan polis. Ikuti laporan mereka untuk info pengunjung blog ini yang kemaskini jam 12:29 pagi:
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bermalam dalam tahanan polis selepas beliau ditangkap tengah hari tadi, demikian dimaklumkan oleh Ketua Penerangan PKR Tian Chua.
Isterinya dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira jam 11.25 malam.
Naib Presiden PKR Mohamad Azmin Ali, bersama seorang lagi Naib Presiden Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff juga masuk ke bangunan IPK - tidak lama selepas Anwar dibawa pulang dari hospital Kuala Lumpur pada 10.35 malam.
Sebelum itu, 10 kenderaan polis mengiringi Anwar ke hospital dari ibu pejabat polis itu pada jam 8.35 malam dan sampai kira-kira 10 minit kemudian. Anwar dimasukkan ke wad diraja dengan kawalan kira-kira 40 anggota polis untuk rawatan biasa.
Mohamad Azmin dan Yusmadi kelihatan masuk ke wad itu jam 10 malam. Sebelum itu, Mohamad Azmin bersama Ketua Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zaharin Mohd Hashim bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen.
Pertemuan bermula jam 9 malam, yang melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berlangsung kira-kira 45 minit. Mohamad Azmin berkata Abdullah memberi jaminan "tiada kejadian mata lebam" seperti 1998.
Anwar kelihatan keluar jam 10.20 malam dengan konvoi lima kenderaan polis menuju IPK. Kira-kira 50 penyokongnya yang berkumpul di hospital melaungkan slogan "reformasi" dan "hidup Anwar" dengan disambut lambaian tangan Anwar.
Lebih 30 wartawan dan jurugambar berada di luar wad itu yang dipisahkan oleh garisan polis.
Beliau tiba di IPK kira-kira 10.35 malam dan sempat melambai kepada kumpulan penyokongnya di pinggir Jalan Hang Tuah yang menunggu sejak siang.
Anwar sebelum ini memberi keterangan kepada polis enam jam mulai 2.30 petang selepas dibawa ke IPK jam 1.11 petang tadi.
Beliau ditangkap sewaktu hampir tiba di kediamannya di Segambut Dalam, Kuala Lumpur tengah hari tadi selepas memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung isu dakwaan pemalsuan laporan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Kira-kira 500 penyokong Penasihat PKR berkumpul di pinggir Jalan Hang Tuah sejak beliau ditahan tengah hari tadi.
Awal malam ini, mereka menyalakan lilin dan melaungkan slogan "reformasi". Manakala sekumpulan 50 anggota polis, termasuk berpakaian biasa, berada di seberang jalan - sebelah bangunan IPK. Mereka bersurai dengan aman sejurus selepas tengah malam ini selepas diarahkan oleh polis.
Malaysiakini difahamkan satu mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi PKR akan diadakan di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya. Taklimat tentang perkembangan penahanan Anwar disampaikan oleh Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali.

1 ulasan:
Anwar enggan membuat pemeriksaan perubatan di HUKL kerana dia bimbang trajedi berulang seperti 1998 ketika Tun menjadi PM. Tidak mustahil pemeriksaan perubatan ini digunakan oleh pihak yang berkaitan untuk mengambil sampel DNA Anwar bagai mengenalpasti DNA Anwar yang sebenar. Bila sudah pasti makan DNA itu akan dimasukkan ke dalam laporan dalam DNA mangsa(Saiful) supaya sama. Anwar sebenarnya dalam bahaya.
Sekarang penyokong penyokong atau kroni Tun mungkin sudah boleh bergembira. Kerana apa yang mereka takuti selama ini mungkin akan selesai. Apa tidaknya selepas Anwar bebas dari penjara mereka tidak senang duduk. Ini kerana Anwar telah mendedahkan pekong mereka selama ini. Misalnya kes VK Linggam(melibatkan Tun), Kes pemalsuan laporan Anwar ditumbuk,Kes Altantuya, dan banyak lagi yang akan menyusul sekiranya Anwar tidak ditahan. namun sampai bilakah mereka ini akan menyembunyikan diri dari hukuman kita lihat hukuman Allah kepada mereka nanti.
DSAAB memberi jaminan tidak akan ada lagi lebam kepada Anwar..Namun jaminan yang diberikan hanyalah untuk meredakan keadaan. Yang jelas sudah beberapa kali DSAAB berbohong...malah dia bukannya dapat mengawal anggota polis tidak seperti Tun...Pada saya DSAAB tidak akan dapat berbuat apa2. Kita tunggu dan lihat...
Catat Ulasan