KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 10, 2008

Sukar ketemui seorang lagi Profesor seperti Dr. Aziz Bari


Banyak pandangan dan tegurannya bukan sahaja membuka minda rakyat tetapi diekori oleh pemimpin-pemimpin politik ketika menggarap isu-isu kritikal berkiatan perlembagaan dan undang-undang..

PROFESOR Dr. Abdul Aziz Bari cukup tinggi komitmennya mengulas isu-isu semasa yang berkaitan dengan perlembagaan dan undang-undang. Jarang benar, seorang ahli akademik mahu terseret ke kancah penulisan penuh risiko ini.

Namun, beliau tidak pernah mengelak dan mengelat untuk memberikan pandangan dan idea kepada orang awam, rakyat dan seluruhnya. Tanpa berselindung, tanpa takut, Dr. Aziz menulis penuh tekun di beberapa medium seperti Sinar Harian, Dewan Masyarakat dan banyak lagi termasuk di laman-laman weblog.

Di Harakah, tercetus sahaja isu yang ada kaitan dengan perlembagaan dan undang-undang, saya terus menghubungi beliau.

Dr. Aziz bukan sekadar menulis, mengomen tetapi menegur pemerintah. Saya antara yang berkesempatan berkawan dan mengenali beliau. Tidak dinafikan sumbangannya kepada dunia penulisan dan undang-undang di negara ini, cukup segar dan kukuh.

Tidak ramai ahli akademik yang menunjang menara gading seperti beliau, bersedia mengikat diri dengan komentar yang tidak popular di mata penguasa. Dr. Aziz adalah pakar perlembagaan dan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Syabas! Congakkan saya, agak sukar untuk ketemui seorang lagi Profesor seperti Dr. Abdul Aziz Bari di negara ini...

Tiada ulasan: