KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 17, 2008

Anwar dibebaskan dengan ikat jamin

ANWAR telah dibebaskan. Saya dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dilobi Parlimen tengahari tadi. Waktu itu satu bualbicara saya dengan beliau dilangsungkan. Macam biasa saya ditemani wartawan Harakah, Roy Rasul dan pemberita pelatih, Nuha Rahim.

Hari ini saya memburu Ustaz Nasharuddin bertanyakan banyak perkara yang dianggap kontroversi dalam parti. Berkaitan isu yang dilontarkan oleh Presiden, Haji Abdul Hadi Awang. Ada banyak maklumat baru dan terkini, patut ahli dan rakyat seluruhnya tahu. Insyaallah, akan disiarkan oleh Harakah minggu depan.

Anwar dibebaskan hari ini dengan ikat jamin. Lapor Malaysiakini, beliau dilihat keluar bersama anggota keluarga dan peguamnya dengan kereta pada jam 9.45 pagi. Balik ke rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur dan dijangka mengadakan sidang akhbar pada jam 2 petang ini.

Anwar tidak menghadapi sebarang dakwaan tetapi diminta datang semula ke balai polis pada 18 Ogos depan.

Peguam Sankara Nair memberitahu pemberita di luar Ibu Pejabat polis Kuala Lumpur, tempat Anwar ditahan semalaman, bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri itu akan dibebaskan jam 1 petang. Menurutnya, Anwar mengadu sakit belakang selepas tidur di atas lantai simen malam tadi.

Lapor Malaysiakini lagi, pada jam 9.30 pagi isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba bersama anak-anaknya dan masuk ke dalam bangunan IPK Kuala Lumpur. Mereka beredar bersama Anwar 15 minit kemudiannya.

Sehingga kini, Anwar sedang berehat di rumahnya manakala para petugas media, termasuk media asing, sedang menunggu di luar. Pada kira-kira jam 10.45 pagi, Wan Azizah dan anak sulungnya, Nurul Izzah keluar dari rumah tersebut.

2 ulasan:

MD berkata...

Khabar angin tak baik. Kita kena selesaikan - buktikan ianya betul atau salah. Buat tuduhan dan buka mahkamah kita kepada dunia untuk datang lihat perbicaraan.

1.Tuduhan terhadap anuar perlu dibicarakan. Kalau benar ada perhubungan sex, tetapi tidak ada paksaan - tuduh juga samsu kerana unnatural sex. Kalu ada partner samsu yang lain - bawa juga ke mahkamah. Get to the bottom of it. Semua empunya DNA yang ada dalam lubang samsul perlu di kenalpasti. Jangan ulang cerita norita.

2. Tuduhan oleh RPK mengenai Rosmah juga mesti dibicarakan. Tengok sapa yang benar - jangan kira bulu. Kalau rosmah betul terlibat, bawa dia juga ke mahkamah. Kalau tidak bersihkan nama beliau.

3. Bala juga mesti dituduh dibicarakan kerana membuat SD palsu - Salah satu daripada SD dia palsu. Tentukan yang mana yang betul. Kalau ada bukti najib terlibat - tuduh dia juga di mahkamah. Kalau tidak bersihkan nama beliau.

Soal Cara Anuar ditangkap, saya rasa itu perkara kecil. Asalkan dia tak dipukul dalam lokap dan dijaga dengan baik. Dengarnya dia telahpun dibebaskan.

odeen berkata...

Walaupun Anwar sudah dibebaskan tetapi Anwar memang dalam keadaan bahaya...mereka bebaskan Anwar bagi memberi ruang kepada mereka untuk meminda laporan Saiful dan Anwar sendiri supaya sepadan. Bila dah sepadan maka dapatlah Anwar didakwa dan pastinya tiada keraguan lagi di Mahkamah nanti...Akhirnya Anwarpun dipenjarakan...
Jadi kroni2 yang takut dengan Anwar sekarang nie sudah berasa lega..Apa tidaknya Anwar yang mereka takuti selama ini pasti dipenjarakan...Oleh itu pekong mereka yang selama ini cuba dibongkar oleh Anwar dapat dihindari dari pengetahuan umum...Buat masa ini mereka begitu senang dan gembira....
Lihatlah apakah yang rakyat boleh buat pada mereka sama-sama kita tunggu...Waktu itu nanti barulah mereka tahu kehebatan rakyat dan barulah mereka tahu tinggi rendah langit. Tanpa sokongan rakyat pemimpin terbaikpun tidak akan dapat berbuat apa2