HARI ini Ketua Pemuda Umno, Hisyamuddin Husein seolah-olah mencabar Pak Lah agar tidak menyekat pertandingan sesiapa sahaja untuk merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno, Disember ini. Ia termaktub dalam perlembagaan parti.
Walaupun peralihan kuasa kepada Najib Tun Razak sudah muktamad, ia tiada kaitan langsung dengan pemilihan dalam parti. Itulah rungutan atau penegasan Hisyamuddin. Dia menegaskan lagi, sememangnya isu bertanding dan peralihan kuasa adalah dua isu yang berasingan. Hak bertanding bukan hak individu.
Sebelum itu, Naib Presiden, Muhyiddin Yassin menyuarakan pandangan jawatan tertinggi parti perlu dipertandingkan sungguhpun jangka masa peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib sudah diumumkan.
Barangkali Muhyiddin juga yakin, beliau mampu menumbangkan Najib jika bertanding. Seperti keyakinan Mahathir tentang hal itu. Hisyamudin pula mungkin mahu Najib menentang Pak Lah Disember ini bagi memboleh Muhyiddin bertanding kerusi Timbalan Presiden.
Dengan itu, kerusi Naib Presiden akan dikosongkan dan dengan tokoh-tokoh yang ada, laluan Hisyamuddin lebih mudah jika Muhyiddin tiada di situ.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan