BANYAK juga SMS dan emel yang saya terima dari kawan-kawan, selain dari panggilan telefon bertanyakan darihal interbiu Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam keluaran Harakah terbaru semalam.
Sukar juga saya menjelaskan. Dan bukan tugas saya menjelaskannya. Barangkali lebih elok mereka membaca dan membaca, telaah dan teliti bait-baitnya satu persatu. Melihat yang tersirat dan bukan tersurat. Kerana dalam politik, tersirat itulah signal atau masej tulen yang ingin disampaikan.
Sehingga hari ini, Harakahdaily belum menyiarkan interbiu penuh Presiden PAS itu. Tetapi dua hari lalu, sebuah laman web mSTAR Online telah membuat ulasan terhadap pandangan dan bual bicara Haji Abdul Hadi yang menyentuh isu rundingan dengan Umno, liwat Anwar, pembunuhan Altantunya, kerjasama Pakatan dan beberapa isu lain.
Reaksi mereka, kebanyakannya melihat nada yang disuarakan oleh tokoh karismatik PAS itu terlalu berlainan, berterus-terang, berani dan seolah-olah mewakili keluh-kesah kelompok akar umbi PAS selama ini. Bagi memudahkan semua pihak, saya akan postingkan interbiu penuh itu selepas ini.
1 ulasan:
My brother suggested I would possibly like this web site.
He was once entirely right. This put up actually made my day.
You can not believe simply how so much time I had spent for this info!
Thank you!
Also visit my weblog ha86.com
Catat Ulasan