KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Julai 16, 2008

Mahathir tetap mahu Pak Lah undur sekarang bukan 2010...

TUN MAHATHIR tetap berkeras mahu Perdana Menteri, Pak Lah turun dari takhtanya sekarang. Bukannya pada 2010, dua tahun akan datang. Dia tidak bersedia melihat Pak Lah terus menjadi PM lagi.


Tetapi, Mahathir juga mengakui bintang pengganti yang ditunjuk Pak Lah yang juga ditunjuk Mahathir dulu, Najib Tun Razak kini agak malap dengan pelbagai isu yang membungkus dirinya. Namun, Najib antara yang terbaik "diramkan" oleh Umno.

Mahathir menyatakan hal ini kepada lebih 500 orang ahli-ahli alumni sebuah sekolah dekat Port Dickson, Ahad lalu. Beliau tidak bersetuju dengan penabalan Najib seperti itu, kerana katanya terdapat "perjanjian" lain mengenai salah seorang lagi Naib Presiden Umno, iaitu Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Bagi Mahathir, Muhyiddin dilihat sebagai orang bersih dan berketrampilan dan jika ada pertandingan, kemungkinan besar, anak Johor itu akan terpilih sebagai Timbalan Presiden Umno atau Presiden Umno.

Tiada ulasan: