KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 31, 2008

Kepimpinan Hisyamuddin lembik tidak seperti sebelumnya

DATO' IBRAHIM Ali menyifatkan kepimpinan Ketua Pemuda Umno, Dato' Hisyamuddin Tun Husein sebagai lembik dan tidak bermaya berbanding kepimpinan pemuda di zaman Syed Jaafar Albar, Dato' Harun Idris dan Anwar Ibrahim.

Sebelum menemui Muhamad Sabu, Naib Presiden PAS dan sebelum saya mengikuti sidang media Presiden PAS yang kedua-duanya dilangsungkan di Pejabat Agung PAS, pada sebelah paginya saya sempat menemui Ahli Parlimen Pasir Mas ini di pejabatnya, Seasson Hotel, Jalan Pahang berdepan HKL.

Sengaja saya menjoloknya tentang kisah silamnya "mengapi-ngapikan" orang Melayu dalam isu pendidikan hingga tercetus satu perhimpunan Melayu di Stadium TPCA pada tahun 1987. Ketika itu beliau adalah Exco Pemuda Umno.

Akhirnya, kerajaan Tun Mahathir melancarkan "Operasi Lallang" menahan dan menyumbatkan mereka yang terbabit ke dalam Kem Tahanan Kamunting, termasuklah Ibrahim Ali.

Katanya, baik Mukriz, baik Khir Toyo mahupun Khairy Jamaluddin, keberanian dan bersedia memikul risiko fektor paling penting untuk menjadi Ketua Pemuda Umno ketika ini. Jika, penakut, bermakna Umno akan hancur dan lesu.

Saya menemubual beliau untuk akhbar Harakah terbitan minggu depan dan lebih banyak view beliau berkenaan isu-isu dalaman Umno. Ikuti intrebiu penuh dalam Harakah Khamis ini bersama beliau.

Tiada ulasan: