KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Julai 16, 2008

Sankara sahkan Anwar memang mahu ditahan dan ditangkap polis!

POLIS sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap Anwar Ibrahim, petang semalam. Tempoh 24 jam sehingga jam 2.00 petang ini perlu ditunaikan Anwar untuk mengadap polis memberi keterangan dari hal laporan polis Saiful Bukhari Azlan berkenaan tuduhan Anwar "meliwatnya".

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sudah memberi jaminan, Anwar akan bersemuka di IPK Kuala Lumpur hari ini. Katanya, Anwar tidak akan melarikan diri. Kelmarin, Isnin, Anwar enggan hadir. Saya meramalkan dia mahu
ditahan dan ditangkap polis bagi meningkatkan api momentum politik terkini.

Peguam Anwar, Sankara Nair menegaskan anak guamnya sedia ditahan polis jika polis punyai waran tangkap daripada mahkamah. Ini satu lagi bukti kecenderungan terhadap signal saya semalam bahawa Anwar memang mahu ditahan polis atas tujuan tadi.

Sankara berkata, pihaknya sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk tindakan menahan Anwar, lapor Sinar Harian hari ini. Anwar jelasnya sedia ditahan jika polis dapat mengemukakan arahan mahkamah seperti prosedur biasa yang dijalankan oleh polis dalam menahan sesuatu suspek untuk satu-satu kes.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Polis? Pengkhianat rakyat dan pengampu pemerintah. aku tak halal gaji dia orang dari duit cukai dari ku.