KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Julai 15, 2008

Apa khabar dengan Parti Daulah Islam tajaan Redhuan Onn?

APA sudah jadi dengan penubuhan Parti Daulah Islam yang sering dibincang-bincang oleh Redhuan Daneil Onn Abdullah, mantan Exco Pemuda PAS era 90an dua tiga bulan dulu.

Saya antara individu yang didatangi oleh beliau untuk menjala pendapat dan idea mengenai penajaan parti baru itu. Banyak juga yang dibahas, disaring dan diperkasa. Sepatutnya, parti yang dikenali sebagai PADI itu sudahpun didaftarkan.

Entah apa yang terjadi, tidak saya ketahui. Idea penubuhan PADI, dikatakan datangnya dari beberapa pemimpin BTN yang mahu mengimbangkan antara pengaruh PKR yang dipelopori Anwar Ibrahim dengan Umno dalam konteks ketuanan Melayu dan Islam.

Barangkali, Redhuan boleh memberi respon berkenaan isu ini. Apakah ia sedang melalui proses penajaan atau nawaitu tersebut sudah berkubur ditelan lanskap politik gawat dan gamat, sekarang ini!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rasanya parti tu tinggal idea je la..Saya juga pernah didtgi utk menganggotai parti tersebut tapi yg jelas saya tidak nampak 'nawaitu' sebenar parti tersebut diwujudkan. Terlalu banyak tanda soal yg perlu dihapuskan.

Tanpa Nama berkata...

yeezy boost 350 v2
air jordan 1
bape shoes
birkin bag
hermes outlet
hermes outlet
golden goose sneakers
palm angels t shirt
supreme clothing
goyard bag