KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 10, 2008

Hubungan politik Pak Lah - Najib "retak menunggu belah"!

HUBUNGAN Perdana Menteri dan timbalnnya didakwa retak dan dingin muktahir ini ekoran terdapatnya lobi dan usaha dari kumpulan Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menyingkirkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelang pemilihan Umno Disember ini.

Menurut Pengarah Strategik KeAdilan, Saifuddin Nasution Ismail, berdasarkan risikan rambangnya di lobi parlimen, beliau tidak syak lagi hubungan kedua-dua pemimpin itu kini bagai 'retak menunggu belah'.

Katanya, sentimen menolak Abdullah di kalangan penyokong dan orang rapat dengan Najib sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Mereka bukan sahaja mengkritik tetapi membangkitkan secara terbuka rasa kurang senang terhadap Presiden Umno itu.

"Begitu juga kalau kita mendampingi kepimpinan Umno yang dekat dengan Abdullah. Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati secara terbuka terhadap Najib," ujarnya.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang mendakwa, senario 'retak menunggu belah' ini juga tercetus dalam Dewan Rakyat apabila serangan dari ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat dihalakan kepada Perdana Menteri, maka ahli-ahli parlimen yang pro Najib dilihat tidak mempertahankan Abdullah.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar juga turut mengakui hubungan antara Abdullah dan Najib kini renggang ekoran masalah dalaman parti Umno dan perebutan jawatan menjelang pemilihan parti itu, akhir tahun ini.

Katanya, Najib dalam diam telah berkempen dan menyediakan jentera di peringkat akar umbi bagi mempastikan pencalonan terhadapnya didominasi oleh beliau dalam merebut jawatan Presiden Umno

Tiada ulasan: