Muqaddimah: Ketua Penerangan PAS, YB Hj. MAHFUZ OMAR melihat isu “liwat” yang timbul adalah ekoran rasa cemas Barisan Nasional (BN) dalam mempertahan dan menentukan hayat kuasanya menjadi penguasa di negara ini. Ikuti bualbicara saya serta dua pemberita pelatih NUHA dan ZEIRA bersama beliau di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut baru-baru ini.
Saoalan: Sekali lagi, politik negara digegarkan dengan isu kontroversi “liwat” melibatkan Datuk Seri Anwar dengan PAnya Saiful Bukhari Azlan. Itu yang terkini. Apa yang boleh YB tafsirkan sebalik isu ini?
Mahfuz: Pertama, saya melihat bila isu ini tercetus, sekaligus first impression rakyat tahu Umno tergugat dengan kepimpinan Pak Lah dan kerajaan. Sangat tergugat dengan gerakan politik yang disusun atur oleh Anwar Ibrahim. Mereka merasa seolah-olah tindakan itu suatu yang mesti Umno sekat kemaraan Anwar daripada melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan pengaruh Umno dan BN. Jika tidak disekat menyebabkan bukan Pak Lah selaku PM hilang kedudukan tetapi menyebabkan BN akan hilang kuasa. Jadi ini saya kira, antara jalan-jalan akhir, talian hayat akhir dalam usaha nak menyambung nafas politik Umno dan BN dengan mengambil satu langkah untuk merosakkan nama Anwar. Mungkin orang menganggap talian hayat itu untuk "menyambung" tetapi bagi saya Saiful Bukhari dijadikan satu talian hayat untuk kepentingan politik Umno dan BN.
Banyak pihak mendakwa bahawa ini satu konspirasi untuk membunuh karier politik Anwar. Sejauh mana YB melihat ini suatu konspirasi politik, sebab ini yang selalu diuar-uarkan…
Pertama, memang kalau kita lihat daripada environment politik yang ada sekarang, macam yang saya katakan tadi bahawa satu persekitaran tidak kondusif untuk Umno dan BN wujud. Sebab selepas daripada PRU 12, inilah kali pertama politik negara berada dalam keadaan tidak tenteram, tidak tenang khususnya menyangkut politik dalaman Umno dan BN. Berbanding dengan PRU 11 (2004), kita nampak suasana itu tenang. Rakyat tidak begitu berminat untuk mengikuti perkembangan politik semasa. Tetapi hari ini rakyat begitu peka. Sentiasa beri fokus, apa akan jadi politik esok hari, umpamanya? Soal ekonomi negara macam mana? Minat orang sangat tinggi. Sebab itu antara faktor yang menjadikan suasana politik tidak kondusif itu ialah kerana gerakan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar telah memberikan tamparan dan menggugat kedudukan Umno sehingga menyebabkan BN dan Umno hilang enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan. Sejarah politik negara berubah. Kerajaan (BN) telah hilang 2/3 majoriti. Movement-movement yang berterusan itu, dilihat sebagai satu ancaman kepada politik kepimpinan Pak Lah dan Najib. Ini menyebabkan isu seperti ini berlaku kerana bagi mereka sesuatu harus dibuat untuk menghalang kemaraan Anwar.
Keduanya, usaha untuk divert isu daripada isu yang sedang jadi bualan terhadap penglibatan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantunya. Pengakuan bersumpah oleh Raja Petra cukup kuat. Begitu juga untuk divert isu penindasan kerajaan mengenai kenaikan harga minyak. Semua itu dilihat dan akhirnya benda itu berlaku kepada Anwar. Lalu first impression atau persepsi orang bahawa ini konspirasi. Ia berasaskan kepada beberapa tuduhan yang dibuat melalui aduan Saiful Bukhari. Isu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat, dilakukan terus kepada peribadi seperti Anwar. Ini yang menambahkan yakin rakyat ia satu konspirasi kerana kedudukan politik BN sangat tergugat.
Tapi Tok Guru Nik Aziz dalam komennya menyebut isu “liwat” Anwar boleh mencalar dan menggugat Pakatan Rakyat. Itu dari satu sudut. Tapi saya lihat ia memberikan kekuatan…. Apa sikap PAS sebenarnya dalam isu ini?
Saya nampak isu “liwat” terhadap Anwar boleh gugat Pakatan dari segi imej politik dan sebagainya. Kecuali kalau dikalangan anggota dan kepimpinan Pakatan, ada yang terperangkap dengan permainan licik BN. Maka sudah tentulah kita akan saling curiga mencurigai antara satu sama lain. Ini menyebabkan kita berpecah. Inilah agenda BN sebenarnya. Agenda bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan satu sama lain dalam Pakatan. Meleraikan ikatan yang begitu kukuh dalam Pakatan. Bagi saya seluruh pimpinan dan parti-parti dalam Pakatan mesti mengambil sikap memperlihatkan solidarity terhadap isu ini khususnya dalam menunjukkan kebersamaan kita kepada Anwar, keluarga dia dan parti KeADILan itu sendiri.
Jika ini berlaku, saya lihat ia akan memberikan satu kekuatan baru, kenyataan-kenyataan bersama yang memperlihatkan solidarity kita dan didokong oleh Ngo-Ngo. Atas nama ahli-ahli parlimen PAS sahaja pun kita telah membuat kenyataan mendokong Anwar.
Dari awal sepertimana yang ditunjukkan oleh kenyataan Tuan Guru Nik Aziz iaitu bahawa ini konspirasi jahat. Pendirian PAS sangat jelas melalui tuntutan kita nak Anwar ambil satu langkah lebih cepat untuk melakukan, mengimplimentasikan proses cross over dari kalangan anggota BN itu kepada Pakatan. Jika tidak, bermakna Anwar terpaksa berhadapan dengan pelbagai fitnah yang lebih besar. Jadi, mestilah proses itu harus percepatkan. Ini bukan tanggungjawab Anwar seorang, tetapi sebenarnya ia merupakan tanggungjawab bersama yang mesti dipikul oleh kepimpinan Pakatan itu sendiri.
Kes ini dalam siasatan. Dulu ada kisah mata lebam. Adakah YB yakin dengan sistem perundangan kita hari ini?
Ya, sebab itu bagi saya, sikap PAS itu sangat jelas. Kita tidak percaya kepada pihak polis, kehakiman, pendakwaan dan sebagainya. Untuk boleh berlaku adil kepada Anwar berdasarkan fakta-fakta kes sebelum ini, kita dapati imej polis dipersoalkan oleh Suruhanjaya Pemeriksaan Polis dan kerajaan yang belum melaksanakan apa yang dituntut oleh suruhanjaya tersebut untuk menubuhkan IPCMC.
Ini menunjukkan polis tidak berusaha untuk memulihkan imej mereka. Sebaliknya polis terus dilihat oleh masyarakat menjadi alat kepada kepentingan politik BN. Walaupun kerajaan cuba menggilap imej mereka dengan langkah-langkah yang dibuat dalam isu pemulihan kehakiman dan sebagainya. Jika kerajaaan (polis) itu masih gagal untuk nak implementkan saranan yang dibuat oleh suruhanjaya pemeriksaan polis ini, maka polis tidak diyakini boleh berlaku adil kepada siasatan ini.
Pendakwaan boleh bermula dengan siasatan itu sendiri. Saya tak nampak perkara itu. Kita bertegas yang kita mahu satu suruhanjaya bebas melakukan penyiasatan terhadap Anwar. Bagi saya sebenarnya kes itu tidak perlu ada penyiasatan kerana ia tidak betul tetapi oleh kerana ada aduan, maka proses penyiasatan mesti dibuat. Tetapi penyiasatan itu tidak boleh dilakukan oleh orang yang dipertikaikan seperti pihak polis. Mesti ada satu suruhanjaya kerana berasaskan kepada kes mata lebam Anwar. Jelas polis tidak boleh dipercayai. Begitu juga dalam kes-kes pertuduhan sewaktu di mahkamah, bukti-bukti itu sentiasa dipinda umpamanya mahkamah sendiri telah membuktikan bagaimana kelemahan fakta kes, bukti, tarikh dan sebagainya yang dipinda menunjukkan bahawa proses merekacipta itu boleh berlaku dalam siasatan.
PRU 12 telah mengubah landskap politik Malaysia. Ini satu kejutan. Kita dapat tawan lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan menjadikan enam. Ada ahli parlimen dari komponen BN di Sabah dan Sarawak termasuk beberapa orang dari Umno sudah bersedia untuk menyertai Pakatan. Benarkah desas-desus ini?
Ia bukan desas-desus lagi. Apabila SAPP membuat satu pendirian dan isytihar hilang kepercayaan dan kesediaan dua orang ahli parlimennya untuk mengemuka atau menyokong usul undi tidak percaya terhadap Datuk Abdullah Badawi, telah menjawab soalan ini. Ini bukan lagi desas-desus tetapi real politik; ketidakpercayaan orang terhadap PM itu sangat jelas. Ini berlaku bukan di kalangan parti pembangkang tetapi sebenarnya daripada dalam komponen BN.
Kalau diperhatikan kenyataan ahli-ahli Parlimen dari Sabah cukup pedas dan berani. Malah ada yang selamba menyatakan bahawa Sabah sudah beberapa kali tukar kerajaan, dan mereka bersedia meninggalkan rumah banglo untuk bertukar kepada rumah teres.
Ini kenyataan dianggap sinis tetapi cukup tajam. Bagi saya ia menggambarkan tentang bagaimana kecenderungan ahli parlimen itu untuk beralih. Saya cukup yakin dengan move yang dilakukan Anwar dan juga rakan-rakan pimpinan Pakatan yang lain, bahawa perkara ini akan menjadi kenyataan. Ini dibuktikan oleh langkah-langkah agresif dibuat Pak Lah, yang dilihat kebergantungan mereka kepada Sabah dan Sarawak itu. Satu perkara yang mesti dikawal, dijaga. Menyebabkan layanan kepada Sabah dan Sarawak sangat istimewa. Peruntukan beberapa billion diberikan. Tindakan itu mencerminkan Pak Lah percaya ada ahli parlimen yang sedia untuk lompat. Isu pokoknya ialah Pak Lah sendiri secara tidak langsung sudah mengakui, sehingga menyebabkan dia harus memberikan fokus istimewa. Ini kerana tanpa dokongan Sabah dan Sarawak ini maka BN akan kehilangan kekuatan dan menyebabkan bukan lagi tak ada 2/3 mojoriti malah tak ada kerajaan dalam negara kita.
Tetapi isu “liwat” ini nampaknya akan merosakkan segala perancangan Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru…
Memang ada usaha ke arah itu. Isu "liwat" untuk sekat penghijrahan ini. Itu agenda dan matlamatnya. Tetapi kemungkinan perkara itu akan terhasil, jika Anwar ditangkap, dikurung seperti mana yang berlaku seketika dahulu. Mungkin itu tidak akan menyebabkan penghijrahan berlaku. Sudah tentu ahli parlimen daripada sebelah sana merasakan bahawa, macam mana mereka nak berhijrah sedangkan faktor kepimpinan utama itu sudah tidak relevan. Ini yang menjadi perkiraan. Ada ahli-ahli parlimen BN merasakan perkara ini satu perbuatan terlalu personal yang mereka tak boleh terima. Mereka tidak boleh terima Anwar faktor yang menyebabkan kepimpinan Pak Lah dan kerajaan jatuh, lalu isu ini diketengahkan. Saya percaya masih ada ahli parlimen BN yang ada hati perut, ada sifat keinsanan, kemanusiaan, yang ada moral tinggi, yang tidak boleh terima pendekatan konspirasi jahat ini. Lalu, ini boleh jadi faktor yang sebaliknya. Orang panggil reverse psychology. Mereka mengharapkan bahawa tidak berlaku penghijrahan tetapi ini yang mungkin mempercepatkan penghijrahan itu. Ada menteri hubungi saya. Dia memang marah saya dengan isu yang dibuat oleh kerajaan Pakatan. Tetapi dalam isu liwat ini, mereka pun tak tahu nak komen apa. Mereka jadi lembut hati. Ada keresahan sendiri dan ada rasa tidak puas hati.
Pesanan YB kepada seluruh pendokong dan penyokong Pakatan berdepan dengan isu “liwat” yang menyenakkan ini. Silap perhitungan akan back fire.
Pertama, ia bergantung kepada bagaimana kepimpinan Pakatan itu sendiri. Mesti bina kepercayaan ahli dan penyokong daripada parti Pakatan. Sebab itu kepimpinan dalam Pakatan ini, harus solid memperlihatkan solidarity terhadap Anwar sepertimana yang berlaku pada tahun 1998 dulu. Janganlah ada perbezaan pendapat dan pandangan secara terbuka. Jangan ada di kalangan kepimpinan yang boleh menyebabkan kenyataan-kenyataan mereka itu boleh menimbulkan keraguan di kalangan ahli dan penyokong dalam Pakatan. Ini yang harus dijaga. Dan saya lihat setakat ini bahawa solidarity itu telah diperlihatkan oleh kepimpinan Pakatan.
Kedua, kepimpinan mesti menunjukkan kebijaksaan berpolitik. Kalau kepimpinan sendiri terperangkap dengan agenda politik jahat Umno dan BN, bagaimana ahli di bawah akan mendokong setia. Jadi, kebijaksanaan itu mesti datang daripada kepimpinan. Ini merupakan faktor yang penting. Kemudian, barulah kita lihat kepada rakyat. Kepimpinan mesti menyeru kepada rakyat. Mesti memberitahu maklumat tepat dan media-media Pakatan harus memainkan peranan yang lebih bersungguh untuk menyampaikan mesej dan bagaimana nak counter saraf-saraf yang dilakukan oleh media arus perdana yang didalangi BN.
Secara keseluruhannya, kepimpinan dan ahli Pakatan mesti ada kebijaksanaan politik yang sangat tinggi dan mereka mesti melihat bahawa ini sebagai satu konspirasi yang dilakukan.

Nota: Bual bicara bersama Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar ini telah disiarkan penuh dalam Harakah Bil 1363 (16-31 Julai).
2 ulasan:
Saya memang setuju pasal ini. Kes Liwat ni memang nak menutup kelemahan BN(UMNO).Saya memang tak percaya dari dulu lagi tentang tuduhan liwat ke atas Anwar ini. Tak masuk akal langsung. Kalau Saiful ni di Liwat oleh orang lain saya percaya. Misalnya diLiwat oleh Najib ke atau Khairi ke. Jika dituduh ke atas Tun saya memang tak percaya juga. Sebab Tun memang bukan orang seperti itu. Jika orang yang percaya sangat Anwar tu meliwat maknanya mereka itu kaki liwat atau peliwat juga...Percayalah hanya orang yang pernah meliwat saja yang percaya Anwar meliwat.
You are looking for a sixteen-pin receptor port ordinarily molded out of black plastic.
It can be so straightforward and consumer helpful that even a novice can use
it.
Here is my page - actron cp9180 autoscanner
Catat Ulasan