KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Julai 23, 2008

Undi perwakilan Umno tak laku "sekupangpun" untuk pilih Perdana Menteri


MANTAN Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang tidak menghormati undi perwakilan Umno dalam menentu dan memilih Perdana Menteri seperti yang termaktub dalam plan peralihan 2010 kepada timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Tegas Sanusi, hak untuk menentukan siapakah Perdana Menteri dan Presiden Umno bukan berada ditangan Abdullah tetapi ada pada undi perwakilan Umno seluruh negara. Katanya, adalah tidak adil Abdullah mengambil hak perwakilan tersebut.

Bagi saya, nilai undi perwakilan Umno sudah tidak laku walaupun "sekupang" pada mata Pak Lah. Sebab itu, beliau berani mengetepikan undi tersebut semata-mata mahu Najib menggantikannya. Itupun kalau betul. Jika tidak, Najib akan terus terjerat dengan gaya licik Pak Lah yang kuat menipu.

Sanusi memperkatakan isu plan peralihan kuasa 2010 yang dicetuskan oleh Perdana Menteri pada satu interbiu Harakah di pejabatnya, dekat sini baru-baru ini. Saya mengetuai team wartawan Harakah menginterbiunya di Mont Kiara.

Sanusi turut sependapat dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa keupayaan salah seorang Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin mampu untuk menewaskan Najib jika Timbalan Perdana Menteri itu tidak berganjak dalam mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Umno.

Ramalanm Sanusi itu bersandarkan, Mahyuddin adalah antara pemimpin Umno paling berani memperkatakan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak Abdullah.Terdapat banyak kes, menunjukkan Muhyiddin tidak searah dengan Pak Lah, regu intimnya dulu. Tetapi, kini katanya Muhyiddin sudah diberi amaran dan kian renggang dengan Pak Lah yang kian tidak dihormati oleh kepimpinan Umno sendiri.

Sanusi yakin, jika Najib terus terikat dengan kemahuan Abdullah, kemaraan Muhyuddin pastinya akan memusnahkan karier politik anak Perdana Menteri yang kedua itu. Muhyiddin pastinya akan bertarung kerusi Timbalan Presiden sekalipun plan peralihan kuasa 2010 sudah dilantunkan oleh Pak Lah.

"Umno hari ini memerlukan pemimpin yang berani. Bukan yang kurang keberaniannya. Mahyuddin dilihat berani," tegas beliau. Maknanya, jika Muhyiddin keras kepala untuk ke kerusi tersebut, Najib bukan sahaja pitam tetapi terpaksa memikirkan semula plan yang disusun Pak Lah itu, relevan atau tidak untuknya.

Bagaimanapun, dalam perkambangan lain, Abdullah ketika berucap pada majlis perasmian kelompok persidangan cawangan-cawangan Umno Bahagian Kepala Batas menegaskan, pelan peralihan kuasa antara beliau dan timbalannya, mendapat sokongan besar di kalangan ahli Umno diperingkat akar umbi.

Tiada ulasan: