KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Julai 16, 2008

Tok Guru Nik Aziz tak setuju muzakarah PAS-Umno jika itu agenda peribadi

NAMPAKNYA di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz tidak bersetuju diadakan muzakarah dengan Umno mengenai isu-isu berkaitan orang Melayu dan Islam, jika permintaan itu dibuat atas nama peribadi. Nik Aziz adalah Mursyidul Am yang tidak menyokong kerjasama PAS-BN, seperti yang diuar-uarkan beberapa minggu lalu.

Dalam kenyataannya, beliau meminta PAS agar tidak "meneruskan" rundingan dengan Umno. Perkataan "meneruskan" yang digunakan oleh beliau telah ditafsirkan banyak pihak sebagai pengesahan wujudnya rundingan atau rundingan sudahpun dimulakan.

Namun, selepas itu, kenyataan Presiden PAS cuba meredakan keadaan dengan menafikan PAS ada hubungan kerjasama atau rundingan dengan Umno. Sebaliknya, Umno dikatakan telah memfitnah PAS untuk mengeruhkan keadaan dalam Pakatan Rakyat.

Media hari ini melaporkan Menteri Besar Kelantan itu mengenakan syarat kesediaan PAS mengadakan perbincangan jika itu kehendak Umno disemua peringkat dan bukannya permintaan Perdana Menteri semata-mata.

Sekarang kita perlu fikirkan kepentingan parti dan bukannya peribadi. Pak Lah dalam keadaan hoyong-hayang dan orang bawahannya sendiri menyuruhnya berundur dan beliau sendiri mengumumkan tarikhnya itu.

"Saya bimbang muzakarah itu satu perangkap seperti dulu kerana saya ingat semua Tun Razak pernah minta kami bergabung dengan Umno tetapi dikhianati," tegas Nik Aziz. Beliau yakin, muzakarah itu tidak dapat disempurnakan semata-mata untuk kepentingan satu pihak sahaja.

Isnin lalu, Pak Lah menyambut baik cadangan Presiden PAS, Haji Hadi Awang untuk berbincang dengan Umno mengenai isu-isu yang berkaitan dengan orang Melayu dan Islam. Pagi tadi saya menulis tentang respon Haji Hadi terhadap pertemuan dengan Umno yang dikatakan akan diadakan tidak lama lagi.

Tiada ulasan: