KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Julai 21, 2008

Haji Hadi sendiri akui PAS telah adakan pertemuan dengan Perdana Menteri

BANYAK kekeliruan terjawab dengan kenyataan berterus-terang Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang hari ini. Ia disiarkan oleh Harakahdaily sepenuhnya. PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

Perjumpaan pertama, kata kenyataan itu dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam,YB Hj Abd Khalid Samad.

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS. Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Perakara ini juga telah diulang oleh Ustaz Nasharuddin dengan saya, ketika melangusngkan interbiu Harakah bersamanya di lobi Parlimen beberapa hari lalu.

"Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak," jelas Haji Hadi.

PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia. Ini suatu perkembangan drastik politik tanahair kita. Beberapa kenyataan yang menafikan adanya pertemuan itu, akhirnya tertonjol jua dan kebenaran kini di hadapan muka.

1 ulasan:

Ronn berkata...

Semoga pertemuan (walau dengan siapa) memberi manfaat kepad rakyat.

Namun hati ini terus berkata, kenapa ADUN-ADUN Perak yang mengaku diri mereka sebagai Melayu dan Islam masih tegar.

Bukankah dengan 31 kerusi ADUN, dari mereka yang mengaku sebagai Melayu dan Islam itu mampu mengukuhkan, sekurang-kurang MB (walau siapa pun dia) dapat bernafas dengan selesa.

Kenapa perlu takut, bukannya tukar ugama.