KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 11, 2008

Selain Pairin, yang lain-lain nampaknya akan sertai PKR?

Mampukah Anwar "shopping sakan" ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak dalam senario dirinya terkepit dengan isu "liwat" yang makin menyulitkan...

MENURUT sumber terkini, ada dua ahli parlimen Umno dari Pahang akan menyertai PKR. Sudah tentu bukan Saifuddin Abdullah dari Temerloh dan bukan juga Ismail Sabri dari Bera. Mereka sudah menafikan dalam senario cukup gelisah.

Dan satu lagi ahli parlimen dari Perlis, dari Johor dan yang lain-lainnya dikatakan dari Sabah dan Sarawak. Setakat ini dua ahli parlimen dari SAPP akan bersama PKR. Yang lain-lain, berapa ramai lagi, itu rahsia dan belum boleh diumumkan.

Hanya Pairin Kitinggan sahaja dikatakan yang enggan bertukar arah kerana cukup berdendam dengan Anwar ketika tumpasnya kerajaan PBS dalam pilihan raya negeri itu, sewaktu Pairin Ketua Menteri Sabah.

Anwar dalam pilihan raya itu adalah Pengarah Pilihan Raya telah bertindak mengunci pintu pagar rumah Tuan Yang Dipertuan Negeri hingga tidak membolehkan Pairin angkat sumpah menjadi Ketua Menteri setelah PBS menang semula dalam pilihan raya itu.

Atas kelicikan Anwar, beberapa orang wakil rakyat PBS dikatakan dibeli oleh Anwar hingga menyebabkan beliau tersungkur rebah. Inilah punca, mengapa Pairin tidak akan sertai PKR dalam "shopping" (beralih) Anwar terhadap ahli-ahli parlimen dari Sabah.

Paling menarik, Ku Li juga dikatakan akan bersama Anwar. Tetapi saya kurang pasti, di manakah kedudukan pemimpin Umno itu jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru. Beberapa nama ahli parlimen yang setia dengan Ku Li sudah dibariskan.

Antara yang disebut-sebut, Tengku Azlan, Rais Yatim, Radzi Sheikh Ahmad dan Azmi Khalid.

Sudah banyak pertemuan merundingkan perkara ini diadakan oleh Anwar. Ada di Bangkok. Ada di Singapura dan ada juga di negara-negara Eropah. Baik dengan MCA mahupun Gerakan.

Setakat ini, dokongan ahli-ahli parlimen dari Sabah dikatakan dominan malah ada di kalangan mereka yang datang ke rumah Anwar membincangkan perkara ini.

Tiada ulasan: