KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Julai 16, 2008

Mahathir minta Muhyiddin lawan Najib rebut Timbalan Presiden Umno

TUN MAHATHIR meramalkan lagi semalam, Muhyiddin Yassin lebih mudah diterima oleh ahli-ahli Umno yang menyokong atau tidak menyokong Pak Lah. Baginya, Muhyiddin mampu menumbangkan Najib Tun Razak jika beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, Disember ini.

Ini kali kedua, secara rasmi Mahathir memuji dan memuja Muhyiddin sejak Najib diumumkan sebagai pengganti Pak Lah. Sebelum ini, ia menegaskan perkara yang sama di Port Dickson, Ahad lalu ketika menjadi tetamu alumni sebuah sekolah menengah di sana.

Mahathir jugalah, sebelum ini yang beriya-iya benar mahukan Najib menggantikan mertua Khairy Jamaluddin itu. Hingga "terganggu" proses perlantikan Timbalan Perdana Menteri kerana campurtangan Mahathir yang inginkan Najib. Sedangkan Pak Lah mahu menabalkan Muhyiddin ketika itu.

Mahathir berkempen hal itu pada media ketika merasmikan Pejabat Biro Aduan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di Kuala Lumpur, kelmarin.

Perkembangan terkini, nampaknya minat Mahathir sudah beralih arah kepada Muhyiddin. Semalam saya menulis "PM 2010: Najib patut atasi "kesilapan terbesar" dalam hidupnya" - itulah bagi saya punca perdana mengapa Najib lesu dan tidak bermaya.

"Kesilapan terbesar dalam hidupnya" yang diciptanya sendiri, akhirnya meletakkan dirinya dalam keadaan yang cukup memualkan kini. Barangkali juga, kifarah kepada beliau atas apa yang diperlakukannya terhadap isteri pertamanya dulu.

Kini, Mahathir sudah mula berkempen untuk mempengaruhi perwakilan Umno agar memberi peluang kepada Muhyiddin bertanding kerusi Timbalan Presiden. Beliau yakin, jika Muhyiddin lawan Najib, pasti dia akan menang.

Alasan Mahathir, Muhyiddin adalah Naib Presiden Umno paling kanan. Selepas Musa Hitam letak jawatan, beliau telah menaikkan Ghafar Baba dan Muhyiddin menang merebut jawatan Naib Presiden Umno dan kini beliau Naib Presiden paling lama memegang jawatan tersebut.

1 ulasan:

Unknown berkata...

boleh pakai lagikah kepala hotak orang tua ni!

sudahlah! dia dah nyanyok, masa dia PM cakap lain. bila dah jadi kain buruk, cakap lain.

saya nasihatkan, pergi bertapa di masjid lagi baik di hari-hari senja ini. ajal tiada siapa yang tahu