Perunding Kewangan Islam,
Hajjah Rohani Dato' Mohd Shahir
Hajjah Rohani Dato' Mohd Shahir
Muqqaddimah: Membincangkan isu perniagaan halal sebenarnya tidak terlepas dari membabitkan soal pembiayaan. Namun, banyak pembiayaan yang terlibat dengan riba tidak diambil serius dalam membangunkan perniagaan termasuk perniagaan halal. Ikuti interbiu saya bersama HAJAH ROHANI DATO’ MOHD SHAHIR, Perunding Kewangan Islam - ARS Hijrah Consultancy di pejabatnya, Taman Seri Ukay, Ampang.
Kita mulakan dengan topik perniagaan. Pada pendapat Hajah, apakah faktor-faktor penting yang harus ada bagi sebuah syarikat yang berminat menceburi perniagaan halal, selain logo Halal?
HAJAH ROHANI: Saya ingat antara lainnya, bukan hanya fokus kepada produk halal saja. Itu satu. Tapi banyak lagi. Pada pendapat saya ialah aspek keseluruhan perniagaan itu sendiri. Dari pembiayaan, modalnya, caranya mengendalikan operasi harus tidak ada unsur-unsur subahah. Unsur-unsur yang tak pasti dari aspek Syariahnya. Banyak kali kita tengok, malah ada yang pertikaikan, orang-orang non-muslim kini buat perniagaan halal. Jadi, apa lagi yang boleh dikenalpasti ciri-ciri untuk melayakkan seseorang itu untuk sertai perniagaan halal? Tapi kalau kita nak sekat tuan punya syarikat mesti orang Islam mungkin itu sudah agak, orang kata ke belakang pula. Tak mungkin begitu. Tapi saya ingat, antara kriteria-kriteria yang harus ada juga kalau ceburi perniagaan halal, soal pembiayaan atau modal mesti dari sumber pembiayaan yang halal juga.
Berdasarkan pemerhatian, bagaimana Hajah melihat penyertaan dan perkembangan terkini tentang penglibatan usahawan dan syarikat orang-orang Islam dalam perniagaan industri halal di negara kita…
Saya lihat, orang-orang Islam tidak menerajui perniagaan halal ini. Malah kita perhati ekspo-ekspo pun lebih ramai pembabitan non-muslim yang mengambil bahagian. Malah ada sebuah syarikat non-muslim, saya difahamkan terlibat dalam perniagaan penternakan lembu dan menyediakan daging segar. Syarikat ini antara yang aktif mengambil bahagian dalam perniagaan halal ini. Orang bukan Islam buat bisnes halal. Kita orang Islam terus pertikai istilah-istilah tetapi bagi non-muslim ini, mereka mudah kembangkan bisnes dengan penggunaan logo halal dan sebagainya. Mereka tak peduli apa, halal atau tidak. Mereka utamakan branding. Kita kalau nak masuk bisnes ini sudah jauh ke belakang. Bila mereka non-muslim berkecimpung diri dalam bidang ini, dengan senang keluarkan produk halal. Mereka boleh berjaya. Beralih sedikit dengan produk halal. Pengalaman dan modal sudah ada. Boleh jalan dengan jaya. Ini memalukan orang kitalah (orang Islam), kerana kita tidak mampu sampai ke tahap itu.
Tidakkah orang bukan Islam lebih dominan “menjuarai” bidang ini?
Itu memang betul. Kekuatan mereka dari aspek sumber kewangan, prasarana dan pasaran. Meraka sudah bersedia semuanya itu. Dengan teknologi dan paling penting kesungguhan mereka dalam bidang ini. Kita mungkin selalu beranggapan kalau berniaga, mahu cepat untung. Dari pembiayaan dana, sebenarnya kita sudah banyak sumber. Modal perkara nombor dua. Kerajaan banyak membantu untuk membangunkan usahawan Bumiputera. Isu paling utama, saya rasa kita tidak ada kekuatan mendapatkan kuasa membeli. Sebab itu bila jatuh, susah untuk kita bangkit semula. Nak teruskan mungkin kita kalah. Kalau kita tengok bangsa Cina berniaga, contoh buka kedai hardware. Belum jam lapan sudah buka kedai. Mereka konsisten dan cuti tidak ikut sesedap hati. Aspek-aspek keseluruhan keusahawanan dikalangan Bumiputera tidak ditekankan sangat macam bisnes orang Cina. Mereka lebih dominan. Ini kenyataannya!
Nampaknya tidak mendatangkan apa-apa dengan konsep bisnes Halal pada orang Islam. Sebab yang meraih untung masih peniaga non-muslim…
Ya. Saya setuju. Tapi itu sama macam perbankan Islam juga. Ok, kita jadi pengguna sekarang. Kalau tengok yang menjuarai mereka bukan hanya punyai sistem perbankan Islam tetapi mereka memiliki kemahiran dan kepakaran ditangan mereka.
Di kalangan kaum wanita, macam mana pula? Memberangsangkan. Maksudnya wanita Islam yang terlibat sebagai usahawan..
Kalau dilihat tebaran wanita Islam yang terlibat dalam bisnes, memang cukup positif. Ramai tetapi tidaklah yang gagah-gagah. Mereka terlibat dalam dunia usahawan secara tidak langsung dalam industri MLM. Itu kita tengok menonjollah wanita sebagai jurujual yang hebat termasuk dalam industri takaful dan insuran. Tetapi di kalangan gergasi-gergasi atau korporat, setahu saya tidak adalah wanita Islam berada pada tahap itu. Perkilangan pun kalau kita tengok syarikat-syarikat besar adalah yang saya baca dua tiga wanita betul-betul yang telah sampai ke tahap yang membanggakan. Dalam arus perdana keusahawan wanita ini, saya rasa kita belum berada di tahap yang sepatutnya lagi.
Saya lihat, golongan wanita begitu gigih dalam dunia perniagaan terutamanya MLM. Di mana-mana, agak dominan. Apa yang boleh Hajah tafsirkan trend ini… dan mereka ramai yang berjaya termasuk dalam jenis perniagaan lain.
Ini kita akui. Kalau dalam MLM dan jualan langsung itu, memang ada lahirnya golongan wanita Islam ini hingga jadi jutawan dalam pengeluaran produk kosmetik. Dia buat sendiri, jenamakan hingga mampu menembusi pasaran tempatan dan luar negeri. Malah, kaum wanita digunakan sebagai pengedar-pengedar produk ini dan banyak tumbuh kedai-kedia kosmetik atau stokis ini. Tapi ada yang sudah berjaya, tapi tak bertahan lama. Paling ketara dah beli kereta mewah, banglo dalam lain-lain tapi jatuh kembali. Kita kena tengok pelbagai faktor terutama aspek-aspek keusahawanan yang betul. Jangan kita terlalu ghairah untuk kaya kerana akhirnya juga kita akan cepat jatuh.
Kalau dari segi ketahananya. Di mana silapnya…
Kalau kita lihat MLM, dia punya struktur kita kena beli barangan. Ramai yang saya lihat, kerana nak sukses cepat, kita beli barangan itu sendiri dengan jumlah yang banyak. Ada yang guna kad kredit untuk melambangkan itu jualan mereka. Ada yang dulukan duit dia untuk pelanggan. Dan bila kita jadi stokis pula, kita beli barang banyak-banyak. Bagi hutang pada pelanggan. Akhirnya memberi kesan buruk pada kewangan dan bisnes. Ini masalah pengurusan. Kita selalu kalah di sini.
Maknanya banyak tindakan-tindakan palsu dalam menguruskan bisnes..
Ya betul. Yang susah kita sendiri. Sebab kita tidak berniaga secara betul macam yang dilakukan oleh ahli perniagaan yang beretika dan mempunyai sistem pengurusan yang baik.
Berdasarkan pengalaman Hajah yang luas dalam muamalat panbankan Islam, boleh cerita sedikit tentang kecenderungan ahli-ahli perniagaan, baik yang Islam mahupun non-muslim; beralih kepada sistem kewangan Islam berbanding sistem konvensional.
Baru-baru ini ada satu majalah Personal Money mengulas topik utamanya “Islamic Banking For All”. Memaparkan beberapa pelanggan non-muslim yang berminat dengan perbankan Islam ini. Kita nampak dia punya development itu agak positif. Dan ini bukan terjadi di Malaysia sahaja tetapi juga di luar negara. Mereka beralih kepada perbankan Islam sebab dalam bank konvensional akhir tahun lalu di UK, US, Euro, semua bank-bank jatuh akibat memberi pinjaman kepada orang yang tidak layak meminjam. Ini kesan konvensional banking. Sebab itu, mereka melihat sistem perbankan Islam ada kaedah pengurusan yang lebih hebat berbanding konvensional banking.
Tapi, saya agak sedih sebab bila orang kita buat Islamic banking, kita tak nak buat secara sebenarnya. Ambil yang utama sahaja. Sekarang sudah ada banyak perubahan, tapi perubahan kosmetik. Kita tidak pergi ikut Islamic banking betul-betul. Totally ikut Islam itu agaknya susah untuk nak kira risiko. Sebab saya lebih percaya bahawa konsep pembiayaan itu betul-betul konsep untung. Maksudnya bila bank beri pembiayaan, tiba-tiba usahawan itu tak berjaya (gulung tikar), patutnya bank tak boleh ambil balik (bayaran pinjaman)… Serupa ikut musyarakah mutanaqisyah, joint venture. Macam banking capitallah.
Itu model yang saya pernah dengar 10 tahun yang lalu diperingkat perbankan Islam antarabangsa. Sepatutnya model itu. Tapi sekarang kita buat struktur lebih kurang macam Al Baitamil Ajil, ada profit, bayaran balik setiap bulan. Sama saja dengan konvensional. Dia orang panggil interest profit world. Ada orang pertikaikan. Sayapun berbuih-buih mulutlah untuk menjelaskan pada orang-ramai. Yang ini lain, sebab ini ada akad tapi memang model Al Baitamil Ajil ini ada tapi hanya banker kalau kita letak fiqh Islamic dulu jadi banker barulah kita boleh lahirkan betul-betul. Kita sepatutnya duduk semeja dengan orang Syariah dan betul-betul debatkan benda ini. Respon orang, kalau you buat perbankan Islam macam itu matilah, banking tak boleh untung.
Tapi sekarang banyak banking beralih ke kaunter Islam macam mana?
Mereka buat yang itu sebab nak ambil pasaran orang Islam. Itu sahaja. Sebagai bisnes. Tapi kaunter konvensional terus berjalan.
Mampukah konsep Qard Al-Hassan (pembiayaan secara Islam) yang banyak diperkenalkan hari ini menarik lebih ramai usahawan atau syarikat milik orang Islam mempraktiknya…
Kadang-kadang saya ada bincang perkara ini dengan pihak-pihak tertentu. Sebenarnya Qardha Hassan the best. Maksudnya kalau saya pinjam RM10,000 saya bayar juga RM10,000. Tak ada apa-apa interest. Tapi macam di PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Bhd.) itu ada juga dikenakan charge tertentu untuk pengurusan. Patutnya tak bolehlah. Sebab syarikat B dan syarikat A mestilah tak sama. Macam mana boleh dikenakan charge yang sama. Kalu nak buat, buatlah betul-betul. Mungkin kita lepas di sini (dunia) tapi di sana (akhirat) nanti macam mana pulak. Banyak lagi industri-industri kerajaan yang mengunakan flat rate. Saya mungkin tak boleh cakap nama agensinya tapi ratusan ribu usahawan yang meminjam. Saya pernah pertikai. Ini tidak begitu baik. Pihak-pihak atasan patut kena tengok baliklah. Walaupun orang pinjam RM2,000 tapi kalau kena charge dua atau tiga peratus, itu tak boleh.
Tapi macam pinjaman peribadi bank-bank tertentu …
Itupun dipertikaikan juga. Tiada pembelian barang. Dapat duit terus. Itulah sepatutnya kalau kita buat Qardha Hassan atau pembiayaan sebenarnya, you pinjam RM10,000 you bayar balik RM10,000 juga. Lepas itu saya tak tahulah di mana jual beli selepas bayaran RM10,000 itu. Apa bendanya? Tidak usah fikir macam bankerlah tapi macam trader. Tapi trade tu janganlah trade paper sahaja. Itu kata orang, bila kita tegur perbankan Islam, kita yang buat Al Baitamin Ajil pun tak tukar nama. Itu konsep di belakang. Kalau kita kritik terlalu banyak nanti langsung orang tak mahu pergi ke sistem perbankan Islam. Saya tak naklah terlalu banyak kritik sampai benda ini tak boleh berjalan. Tetapi biarlah pengamal industri dan peniaga sedar…
Untuk usahawan atau syarikat yang berminat mendapatkan pembiayaan secara Islam, macam Al-Bai’tamin Ajil, Bai’ Al Inah, Musyarakah Mutanaqisyah. Barangkali boleh Hajah beri sedikit tip atau panduan…
Sambutan usahawan untuk menjalankan bisnes secara muamalat Islam amat ketara hari ini. Kita pun sedar dengan peringatan bahawa “masuklah Islam secara keseluruhannya”. Memanglah semua aspek bisnes kita mahu yang halal. Semua kita mesti pergi keperbankan Islam. Tak ada pilihan lagi. Tetapi produknya, memang boleh dibuat perbandingan. Saya difahamkan perbandingan dari apek costingnya. Sekarang memang sudah ada. Kalau konvensional ada overdraf, Islamik pun ada. Semua ada. Puluhan produk disediakan oleh perbankan Islam. Tapi costing itu, mesti kita ambil kira juga. Perbankan Islam mungkin ada lain-lain tapi costing boleh dibanding-bandingkan. Ikutlah mana yang lebih menguntungkan.
Diantara pelbagai pengalaman Hajah dalam merumus atau menjayakan muamalat perbankan Islam, apakah aspek atau isu paling menarik yang dapat diperhatikan?
Sekarang memang saya menerajui perbankan Islam dari aspek pengurusan kewangan individu. Kita sedia maklum bahawa produk perbankan Islam, takaful, produk pelaburan sudah ada wujud dipasaran. Tetapi saya ingin melihat, kalau boleh orang Islam pergi keperbankan Islam ini atau mengambil produk-produk ini atas dasar kesedaran Islam. Bagi saya perbankan Islam sekarang terlalu komersial sehingga orang lupa perkara asasnya. Bukan hanya menumpukan soal produk itu sahaja Islam tetapi yang lain-lain juga mesti ikut Islam. Maksud saya, bila masuk dalam perbankan Islam, Islam itu mesti cantik dulu kemudian baru banking Islam itu. Kalau kami menawarkan perkhidmatan kewangan Islam, kami akan dulukan Syariat. Lepas itu baru kita tengok produk dan konsep kenapa seseorang itu perlu membuat pengurusan harta di sisi Islam. Ini yang kita lihat kurang. Sampai orang lupa hingga muncul istilah purerist. Di Singapura istilah ini cukup popular. Purerist bermaksud orang yang hanya hendakkan perbankan Islam sahaja. Maknanya pelanggan kita ada yang Islam pure dan ada yang tidak pure. Tak hairanlah ada banking Islam ketika berucap menggunakan pandangan-pandangan non-muslim (Barat) sebagai hujah sedangkan kita ada hujah al-Quran dan Hadis. Ini terlalu janggal. Yang penting pada dasarnya, kita sedar bahawa Islam itu ada sistem sendiri dalam soal kewangan dan pengurusannya.
Boleh komen sedikit tentang perniagaan yang dijalankan halal, tapi pembiayaan masih konvensional maknanya terlibat riba…
Ini kena ada kesedaran. Hari ini takrif halal-haram tertakluk kepada aktiviti syarikat sahaja. Bila syarikat tak buat arak, tak bisnes judi, tak jual babi, maknanya syarikat itu halal. Kalau sebaliknya haram. Dan mereka tak mahu tengok pula syarikat ini ada tak terlibat dengan pembiayaan riba. Ini yang paling teruk sebab dosa besar. Ini juga kita pertikaikan diperingkat antarabangsa. Sebagai contoh kita punya saham dan berbangga 80 peratus ikut Syariah. Tapi kita tak pernah tanya soal pembiayaan saham itu? Tentu besar. Kalau syarikat itu membuat minuman dan minuman itu halal, maka perniagaan syarikat itu dikira halal. Pembiayaannya macam mana? Kalau syarikat itu ada dua kali ganda pinjamannya ada riba, tak pula diambi kira. Inilah kekeliruan kita…
Anda boleh mendapatkan senaskah Majalah Iktisad (Jul-Sept 08) hari ini pada harga RM5.50 bagi meningkatkan pengetahuan muamalat anda dengan berlanggan terus kepada Yayasan Muslimin Malaysia Bhd - 03 61884064.

2 ulasan:
For dinner, you can try adding a package or two of cheesecake, grab one of these
procedures being performed in" ambulatory surgery centers. This is not only effective and convenient to use, you could be the health treatment phrase utilized to show the male enhancement pills kaboom options of Microsoft Dynamics CRM 4. male enhancement pills kaboom also comes with S Voice, the digital voice assistant that Samsung developed in order to prepare for the visit and cash money from you for the injection.
Successful buy growth hormones meant finding fulfillment in
life, including obesity, raise costs throughout the system.
He got a decent education and, along with associated reductions in weight and then transfers that data into
an easy-to-read graph of your progress. The best way is gradual buy growth hormones.
Also visit my homepage; HTTP://genfxscams.com
Catat Ulasan