KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Julai 26, 2008

PAS sediakan sambung muzakarah (muqabalah) dengan Umno!

Hari ini, Utusan Malaysia, melaporkan pada muka depannya, PAS sedia terus bermuzakarah - Hadi. Presiden PAS itu ditemui di Masjid Rusila, Marang semalam.

SEHINGGA kini tiada apa-apa sumber baru berkaitan muzakarah Umno-PAS yang sekarang sudah ditukar istilah kepada mukqabalah. Blog Al-Hussyen menyifatkan penukaran istilah itu hanya untuk meredakan kebangkitan akar umbi yang dikatakan amat marah dengan usaha tersebut.

Penarik Beca antara blogger yang komit dalam menentang usaha muzakarah Umno-PAS ini, yang dilihatnya sebagai persiapan awal untuk PAS bekerjasama dengan Umno. Banyak posting yang melakarkan kritikan pedasnya tetapi berasas.

Beliaulah juga yang berani membongkor isu Pangkor II dan isu Muzakarah Umno-PAS ini. Ketika beliau menulis dan melebarkan postingnya pada Blog Penarik Beca, ramai ahli PAS yang menyifatkan ia sebagai karut-marut, fitnah, adudomba dan tidak kurang juga pemimpin yang terbabit senak perut dibuatnya.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dilihat menjadi sasaran dalam isu ini hingga banyak komen dan kritikan dihalakan kepada tokoh muda PAS itu. Sekalipun, dalam interbiu saya dengan beliau, Nasharuddin menyifatkan itu amanah atau tugasan yang diberi oleh Majlis Syura untuk bereksplorasi dengan Umno bagi pihak PAS, namun tuduhan dan dakwaan tehadapnya sebagai "dalang" muzakarah itu tidak terpadam.

Hari ini, Utusan Malaysia, melaporkan pada muka depannya, PAS sedia terus bermuzakarah - Hadi. Presiden PAS itu ditemui di Masjid Rusila, Marang semalam.

Saya tidak mahu mengulas tentang isu muzakarah dan muqabalah ini. Tetapi suatu yang menarik diperhatikan, ialah tiada ahli-ahli PAS yang menggodam Utusan Malaysia atas "dakwaan" laporan salah dan provokasi akhbar kuasaan Umno itu terhadap kenyataan Tok Guru Nik Aziz seminggu dua ini.

Tentangan lantang MB Kelantan itu dimuatkan pada akhbar tersebut. Nadanya jelas tidak berkenan dengan muzakarah, sekaligus beliau memberi satu masej kepada Presiden PAS untuk difikirkan.

Sepanjang melihat isu ini, tiada saya temui ahli dan penyokong PAS yang mempersoalkan kenyataan Tok Guru Nik Aziz itu sebagai laporan buruk Utusan. Begitu juga dengan kenyataan Haji Hadi.

Tiada laporan polis atau tunjuk perasaan terhadap berita-berita siaran Utusan itu. Komitmen mereka (akarumbi mahupun pendokong PAS pelbagai peringkat) terus kepada isu yang difokus bukan berligar kepada tuduhan atau dakwaan laporan itu sebagai jahat lagi, seperti dulu-dulu.

Ini suatu pembaharuan dalam keterbukaan PAS dan ahli-ahlinya. Saya sedari dulu, tidak melihat banyak laporan Utusan itu tidak betul atau bersifat jahat. Sebagai orang media, hampir 80 peratus laporannya profesional.

Timbul isu-isu menggodam Utusan, apabila PAS dihentam atau dilihat terkena fitnah secara kolektif. Tetapi, apabila isu yang melibatkan antara dua pihak dalam PAS, seperti isu muzakarah ini - akar umbi dilihat lebih cenderung menyokong Tok Guru Nik Aziz maka sekaligus laporan Utusan itu dianggap azimat untuk menentang usaha Presiden PAS bermuzakarah dengan Umno.

Apapun, PAS berjaya meredakan kemarahan Tok Guru Nik Aziz apabila Mesyuarat Majlis Syura Ulamanya yang diadakan di JKR 10, Rabu lalu, dianggap berjaya memberi penjelasan kepada Mursyidul Am PAS itu. Hasilnya, beberapa kenyataan beliau berkenaan isu muzakarah, dilihat slow dan kendur.

Barangkali, signal ini memberanikan Haji Hadi meneruskan hasrat PAS untuk terus menyambung muzakarah dengan nama baru muqabalah, seperti laporan Utusan hari ini.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Kita perhatikan siapa yang kemaruk sangat dengan muzakarah ini. Mustafa Ali belum beri komen lagi. Takkan biarkan Hadi n Nasha aja yang beria-ia nak jumpa Umno.

Unknown berkata...

Terjunlah kau dengan labu-labunya!