Isu Altantunya yang bakal menjerat Najib dan pengakuan bersumpah Bala tidak mungkin terhapus begitu sahaja melainkan sebagai malapetaka terburuk untuk anak Tun Razak itu...
PERMAINAN licik Pak Lah kali ini dilihat mampu mematikan kempen-kempen Najib Tun Razak yang dikatakan giat "mengasah parang" dalam diam untuk menurunkan Presiden Umno itu. Hal ini diikuti secara dekat oleh Pak Lah sejak lama dulu. Pendedahan Saifudin Nasution dan disokong oleh Mahfuz Omar tentang wujudnya "retak menunggu belah" antara Pak Lah dan Najib sebenarnya ada kaitan dengan keputusan penyerahan kuasa Perdana Menteri kepada Najib pada Jun 2010 akan datang.
Perlantikan Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Dato' Ghazali Ibrahim sebagai Pembantu Khas Najib dikatakan memberitahu sesuatu, apa yang dicurigai oleh Pak Lah selama ini. Ghazali yang bertanding di kerusi Parlimen Padang Terap tewas kepada PAS, Ustaz Nasir Zakaria.
Ada pihak mempersoalkan, mengapa Najib tidak melantik Datuk Mahadzir Khalid menjadi Pembantu Khas beliau? Mahadzir adalah Bendahari Umno bahagian itu dan mantan Menteri Besar Kedah yang ditumbangkan oleh Azizan Razak.
Kedudukan Mahadzir selaku Ketua Pembangkang Dun Kedah dan mentan MB, patutnya menjadi pilihan untuk Najib, bukannya Ghazali. Kumpulan Ghazali dikatakan menuduh kumpulan Mahadzir telah mengkhianati dan menikam dari belakang terhadap Ghazali hingga tersungkur di Padang Terap pada PRU 12 yang lalu.
Ini menunjukkan Najib mencatur sesuatu di Kedah. Ghazali diadun menjadi orang kuatnya. Pada masa yang sama Najib tahu, Mahadzir adalah anak didik Pak Lah dan beliau menjadi Menteri Besar dulupun, kerana dia orang Pak Lah. Mahadzir pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri itu.
Gejala menyusun orang-orang Najib khabarnya berlaku di semua bahagian dan negeri. Sebab itu, Najib bertungkus lumus untuk mempastikan pencalonan memihaknya merebut jawatan Presiden Umno Disember ini. Kerja-kerja Najib cukup senyap dan terancang sekalipun dia marah dengan sikap Pak Lah tidak melantik semula orang kanannya, Datuk Jamaluddin Jarjis sebagai menteri.
Perakuan Pak Lah untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Najib Jun 2010, telah mengikat simpul mati tindakan Najib agar tidak terus berkempen menjatuhkan beliau. Sudah tentu juga, negeri dan bahagian akur dengan keputusan itu, dan Pak Lah akan menang tanpa bertanding dengan Najib untuk jawatan keramat tersebut.
Kekuatan Najib dikatakan begitu dominan berbanding Pak Lah dan Ku Li. Strategi peralihan kuasa oleh Pak Lah semalam, jelas memerangkap Najib dan memberi talian hayat untuk Pak Lah. Kamaluddin Scomi dan Khairy Jamaluddin sudah tentu menjadi orang paling gembira dengan keputusan ini.

Isunya, apakah Najib boleh bersabar atau selamat dalam perjalanan menuju Putrajaya tiga tahun akan datang? Banyak perkara boleh terjadi. Apatah lagi, Najib begitu sarat dengan isu dan skandal, ditambah pula perangai isterinya yang mampu menggugat jalan yang dicita-citakan oleh Najib dan Anwar itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan