KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Julai 12, 2008

Apabila Menteri Besar Perak nafi Perjanjian Pangkor II?

SEMALAM, Menteri Besar Perak, Ir. Nizar Jamaluddin menafikan wujudnya apa yang dikatakan "Perjanjian Pangkor II". Bloggers yang mendedah dan memainkan isu ini hanya seorang sahaja iaitu Penarik Beca .....

Ir. Nizar menafikan perkara ini ekoran cabaran abangnya Fadhil Jamaluddin yang menyifatkan beliau tidak layak menjadi MB kerana telah menandatangani "Perjanjian Pangkor II" dengan DAP. Kemudian tangguk di air keruh oleh Adun Pangkor, Dr. Zamri Abdul Kadir dan mantan Menteri Besar, Tajol Rosli.

Banyak posting dari Blog Penarik Beca boleh dirujuk antaranya; "Hudud Taruhan Rundingan PAS-DAP" , "Perjanjian Pangkor Anti-Perlembagaan". Penarik Beca memulakan pendedahan itu setelah Malaysiakini menyiarkan pandangan Ustaz Ahmad Awang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

The owner of this blog has a strong personality because it reflects to the blog that he/she made.

odeen berkata...

Melayu konon...Kita hanya akan jadi melayu sejati bila membawa kepentingan kepada kita. Bila dah tak ada kepentingan....Keluar parti pun sanggup...Apakah dengan menyuarakan Perjanjian Pangkor ini kitalah pejuang rakyat yang sejati..Politik kita sudah kotor. Sanggup bunuh orang lain yang kononnya demi untuk rakyat.Inilah politik yang kotor. Kita selalu cuba membela kaum-kaum kita sendiri sahaja bila dan berkuasa. Jika ini yang kita lakukan kita tak ubah sama dengan bangsa lain yang sentiasa cuba membela kaum masing-masing. Cuba kita luaskan skop perjuangan kita melaksanakan tanggungjawab demi manusia sejagat. Sebab itulah Islam sama Islam berperang kerana saling membela kaum masing-masing. Perjuangan kita lebih kepada kaum bukan demi AGAMA atau Manusia Sejagat.Amat jelas perjuangan kita masih sempit. Kita minta orang lain berundur dan turun dari kuasanya. Tapi sanggupkah kita menurunkan kuasa yang ada pada diri kita seperti sebagai menteri, peguam, hakim, pegawai polis, pegawai kerajaan, pegawai daerah, sebagai penghulu dan sebagainya. Kalau kita sanggup barulah boleh minta orang lain turunkan kuasa.