KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Julai 11, 2008

Harakah wajah baru dilancarkan sempena muktamar Ogos ini!

Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang dijangka akan melancarkan Harakah wajah baru dua kali seminggu pada 15 Ogos depan...

HARAKAH
wajah baru yang akan diterbitkan dua kali seminggu dijangka akan dilancarkan pada 15 Ogos 2008 sempena Muktamar PAS yang akan diadakan di Stadium Tertutup Indera Mulia, Ipoh.

Ia akan diterbitkan setebal 58 muka surat dan akan dijual pada harga baru yang akan diumumkan kemudian. Ini satu anjakan besar dan terkini terhadap pembaca Harakah yang setia.

Harakah akan muncul menemui pembaca pada Edisi Isnin dan Edisi Jumaat setiap minggu. Lebih banyak liputan dan komentar dari pembaca, pimpinan PAS kawasan dan cawangan dibuat berbanding sekarang yang hanya mengutamakan pimpinan tertinggi dan ahli-ahli parlimen.

Ini kerana terbitannya terhad sebulan dua kali dan sudah tentu mempengaruhi bahan siaran. Jumlah muka surat yang sedikit berbanding tempoh yang panjang untuk bacaan juga menyebabkan banyak bahan tidak dapat disiar sebelum ini.