DUA Akuan Bersumpah yang menggemparkan lanskap politik negara, nampaknya tidak lut menujah Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Akuan Bersumpah Raja Petra, dan dari P. Balasubramaniam.
Bukan sahaja Najib kebal, Perdana Menteri pula mengambil jalan sangsong menabalkan dan berjanji akan menyerahkan kuasa sebagai Perdana Menteri pada Jun 2010, dua tahun akan datang.
Pak Lah yang kian terkepit tidak terliur langsung dengan dua Akuan Bersumpah tersebut. Pihak polis juga, tidak mengambil keterangan dari Najib walhal sudah ada report polis dibuat berdasarkan dua Akuan Bersumpah itu.
Polis sepatutnya turut mengambil keterangan kerana Najib dituduh terlibat dalam kes pembunuhan Altantunya. Sebaliknya, Raja Petra pula diseret ke mahkamah dan P. Balasubramaniam "hilang" entah ke mana selepas mengeluarkan Akuan Bersumpah kedua bagi menafikan Akuan Bersumpah yang pertamanya.
Terdapat dua isu yang didedahkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Keadilan Rakyat.
Pertama: Hubungan seks antara Najib dengan Altantunya dan penglibatan Najib serta Rosmah Mansor (isteri Najib) dengan kes pembunuhan wanita Monggolia itu. Kedua: Altantunya menerima komisyen pembelian jet Sukhoi daripada Russia sebanyak USD500,000 daripada Najib.
Kedua-dua kes ini, sebenarnya boleh diperincikan oleh polis dalam Penel Kod atau Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Rasuah tahun 1997- dua tahun penjara jika disabitkan kesalahn pertama dan 20 tahun penjara dan didenda sebanyak lima kali ganda daripada nilai rasuah jika disabitkan kesalahan kedua.
Namun, Najib dijangka akan terlepas dari proses ini. Barangkali kerana Najib Timbalan Perdana Menteri, atau Najib amat ditakuti oleh Pak Lah dan Khairy.
Lebih tepat lagi, jika Pak Lah telus dan tembus, Najib sudah wajar digantung jawatannya kerana beliau adalah suspek yang dalam siasatan. Namun, ini tidak terjadi!

1 ulasan:
Salam Gantung
MacammanaLah nak gantung NajibLah, di orang kananLah ,Biar tidak di gantung asalkan BN terus berjaya terbuang dalam MAlaysia, Muga rancangan PAAKlah akan berjaya menghancurkan najib
Salam gantung najib LAH
Catat Ulasan