KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 10, 2008

Menyeret Mahfuz bincang isu "liwat" Anwar dan politik retak Pak Lah - Najib!

Sdra. Mahfuz Omar punyai kekuatan luar biasa dalam meredah kemelut politik dan sentiasa cekap menjala apa jua senario...

BERGEGAS saya ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, untuk menemui Ketua Penerangan PAS Pusat, Sdra. Mahfuz Omar. Macam biasa, saya ke tingkat empat, tempat bilik Ketua Penerangan menjalankan amanah parti.

Interbiu tidak sampai sejam itu, cukup menambat hati dengan hujah dan bahasan Sdra. Mahfuz yang cukup terang, bersahaja dan kemas tersusun.

Seringkali saya ungkapkan kepada kawan-kawan, itulah kehebatan Sdra. Mahfuz yang saya kenali sejak beliau dibebankan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat sekitar awal 90an.

Saya siarkan penuh, interbiu yang saya maksudkan itu pada terbitan Harakah esok. Saya mengaju dan mengajak Sdra. Mahfuz memperkatakan isu "liwat" yang membungkus Anwar Ibrahim.

Malah, saya menyeret Ahli Parlimen Pokok Sena itu untuk menelah kebenaran berlakunya "retak menunggu belah" dalam hubungan politik Pak Lah dan Najib Tun Razak akhir-akhir ini. Jika nak tahu, bacalah Harakah esok!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Katon, Goukakyu no jutsu.

Tanpa Nama berkata...

Pendapat Pokok Sena Memang bernas dan sesuai dijadikan hujah untuk menyangah mana-mana pendapat yang mengatakan MP POKOK SENA tiada pendirian dan sudah tidak menyokong PAK SYEH ,
Bukan Tak SOKONG tapi perundangan ada maka ikutlah perundangan yang tertera dalam PERLEMBAGAANlah.