DI KELANTAN, Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta PAS Pusat menghentikan usaha muzakarah yang telah berjalan. Nada suaranya juga cukup menakutkan "Hentikan sebarang usaha untuk bermuzakarah!".
Namun, berdasarkan interbiu saya bersama Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang akan disiarkan penuh oleh Harakah Khamis ini, dan kenyataan Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam interbiu Harakah keluaran lalu, mendapati usaha itu cukup bersungguh-sungguh dan serius.
Haji Hadi sudah memperakui dakwaan Pak Lah bahawa beberapa pertemuan antara PAS dan Umno telah dilangsungkan. Malah, nama-nama yang terlibat pada pertemuan kali pertama dengan Perdana Menteri di Shah Alam telah dihadiri oleh Nasharuddin, Dato' Mustapha Ali dan Ir. Khalid Samad.
Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid hari ini cuba memberikan gambaran tentang pertemuan kali pertama yang saya rasa sudah tiada kaitan dengan muzakarah atau pertemuan-pertemuan selepas itu, seperti yang diperkatakan itu. Apa yang diuar-uarkan Khalid sebenarnya sudah berlalu.
Sekalipun, pertemuan atau muzakarah ini bertujuan untuk membincangkan kedudukan orang Melayu dan Islam, dan ia dianggap positif namun bagi Menteri Besar Kelantan muzakarah itu hanya akan menjadikan PAS sebagai "kera sumbang".
Dulu, awal pembubaran perlimen Tok Guru pernah menyifatkan orang-orang Umno sebagai "orang utan". Dan paling menarik, ketika memberi respon terhadap interbiu Haji Hadi dalam Harakah lalu, Dewan Muslimat PAS Pusat menggunakan istilah "melukut di tepi gantang" bagi menggambarkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan