KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Julai 16, 2008

PAS akan atur pertemuan dengan Pak Lah setelah dapat mandat dalam masa terdekat!

Khabarnya bualbicara Haji Hadi itu, amat menyenakkan Anwar dalam menghayunkan langkah menuju Putrajaya. Ramai yang berfikir kini, mampukah Anwar bentuk kerajaan baru tanpa PAS...

EKORAN bualbicara Harakah Jumaat lalu, terdapat pro dan kontra terhadap view Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tentang isu-isu pertemuan dengan Umno dan "kecamukan" dalam Pakatan Rakyat.

Dewan Ulama dan Dewan Muslimat PAS, dilihat begitu jelas dalam menyatakan sokongannya terhadap view Haji Hadi itu. Malah, Dewan Pemuda PAS Selangor jauh lebih berani, bersedia keluar Pakatan jika itu keputusan parti.

Sebelum meninggalkan Institut Jantung negara (IJN) semalam, Haji Hadi menyatakan beliau tidak menolak kemungkinan satu pertemuan akan diatur dengan Pak Lah bagi membincangkan isu yang berkaitan kepentingan Melayu dan Islam, katanya kepada wartawan.

Haji Hadi tidak pula mengesahkan tarikh dan lokasi pertemuan tetapi hanya menegaskan keputusan hanya dibuat selepas menilai dan mendengar reaksi dan komen kepimpinan PAS yang lain.

Apabila wartawan bertanyakan berkenaan adakah pertemuan tersebut berlanjutan kepada isu "kerjasama" PAS dengan BN dan kemudiannya PAS yang dikepalainya akan meninggalkan Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Marang itu enggan mengulas lanjut.

Bualbicara beliau bersama Harakah telah memulakan episod baru dan meligatkan minda ahli-ahli dan pimpinan semua peringkat tentang apa yang diutarakan olehnya. Teguran, sindiran, rasa tidak puas hati, kecewa dan penegasan antara yang sarat pada bualbicara tersebut.

Akar umbi khabarnya memberi maklumbalas yang cukup mantap berbanding beberapa kerat pimpinan yang masih mengekalkan hasrat untuk bernaung bersama dalam Pakatan. Hanya segelintir kecil yang tidak mahu kedua-duanya - baik BN dan mahupun Pakatan.

"Alhamdulillah, maklumbalas yang diterima sangat positif... sangat positif," ujar Haji Hadi ketika diminta mengulas reaksi pemimpin dan penyokong akar umbi berhubung pendiriannya itu, seperti yang dilaporkan media hari ini.

1 ulasan:

matcomot berkata...

hi....aku rasa PAS pun tak mapu lelangkah tanpa Anwar.mereka saling perlu memerlu.jika hj hadi teruskan,pas sendiri akan berpecah dua.pro nik aziz yang tak setuju dan pro hj hadi yang setuju.dari segi moral,lelebihan pada nik aziz.adakah hj hadi yang tersungkur?????????????