KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 10, 2008

Sukpa PAS Gombak mampu taut hati ibu bapa



Terlihat di wajahnya kegembiraan apabila ibu dan ayah turut menjulang Sukpa yang menjadi medan kesukanan Pasti, sekolah yang mentarbiyahnya tentang erti pengetahuan dan perjuangan...

MEMANG benar, anak-anak cukup gembira bila ibu dan ayahnya menemani dan mengambil berat hal mereka. Kami mengusung anak bongsu, Nur Hidayatul Jannah, 6 tahun ke Sukpa 2008 (Sukan Pasti) bagi kawasan Gombak minggu lalu.

Sukpa dirasmikan oleh Exco Kerajaan Selangor, Dato' Dr. Hassan Mohd Ali. Beliau diundang kerana dia Adun Gombak Setia. Sukan bagi anak-anak Pasti ini dijayakan penuh warna-warni, riang gembira di padang Sek. Men. Sungai Pusu, Gombak.

Saya kira lebih 300 orang hadir menongkat sukan tajaan PAS ini. Sarat dengan keletah dan kelitih pelbagai ragam anak-anak kecil. Padang yang becak, merancakkan lagi sedu tangis, riang ria dan hiruk pikuk Sukpa kali ini.

Anak saya, Jannah mewakili Pasti Ibnu Sina, Taman Gombak Ria. Masuk acara gerila bawa bola dan pecah belon. Tahniah diucapkan untuk PAS Gombak!

Tiada ulasan: