KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 10, 2008

Motif apakah Anwar adukan tuduhan "liwat" ke JAWI?

LANGKAH Dato' Seri Anwar Ibrahim mengadu ke JAWI kelmarin, sebenarnya secebis usaha untuk menenangkan keadaan. Isu "mubahalah" belumpun reda. Anwar seperti yang dikata cuba mengelak dengan bebanan alasan.

Meredah JAWI sudah tentu mengharapkan isu "liwat" dapat diselesaikan segera. Namun, minda rakyat makin tersumbat, keliru dan mahu ia diurus pantas.

Apapun, keinginan banyak pihak untuk meminta Anwar dan Saiful "mubahalah" dianggap tidak sesuai, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz, mantan Mufti Wilayah, Dato' Hasyim Yahya dan Mufti Perak, Dato' Harusani Zakaria.

Sehingga kini, pada telahan saya, rakyat berbelah bahagi. Dokongannya tidak solid seperti Tragedi 1999 yang serupa. Kini, ada yang menyifatkan ia isu personal. Tidak kurang juga yang menjulangnya isu komplot konspirasi profil tinggi.

Secara umum, saya setuju dengan pandangan jelas Sdra. Mahfuz Omar dan Sdra. Saifuddin Nasution Ismail ketika mengupas dan menghujah isu "liwat" sebagai komplot konspirasi.

Tiada ulasan: