KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Julai 07, 2008

Agong wajib sekat penglibatan tentera bantu polis kawal ketenteraman!

PENGLIBATAN tentera mengawas ketenteraman awam adalah tidak perlu dan mungkin bertentangan dengan Perlembagaan berikutan terdapatnya ura-ura pihak polis akan meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengawal ketenteraman awam sebagaimana yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan kelmarin.

Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi menegaskan tugas menjaga ketenteraman awam adalah tanggung jawab pasukan polis sebagaimana yang disebut di dalam Akta Polis 1967.

Ia bertujuan untuk membolehkan proses demokrasi berjalan dengan lancar. Apa yang berlaku selama ini, ujar beliau, pasukan polis telah menyekat perhimpunan yang aman yang pada satu ketika pernah disahkan oleh Suhakam sendiri tindakan itu sebagai keras dan keterlaluan.

Dengan itu, kata Aziz lagi, polis tidak perlu mendapatkan bantuan tentera dan adalah lebih baik mereka menggunakan kekuatan dan sumber yang ada untuk mengawal dan menyelesaikan masalah jenayah yang kian meningkat.

Pensyarah Undang-Undang UIAM itu berkata, penggunaan tentera adalah merbahaya dan ura-ura yang disebut oleh Musa Hassan itu telah menghampiri garisan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang dipertuntukkan oleh Perlembagaan bertanggungjawab menghalang cubaan untuk mempolitikkan angkatan tentera sebagaimana yang telah berlaku kepada pasukan polis.

“Dalam keadaan yang sedemikian baginda wajib bertindak dan tidak membiarkan diri baginda diperalatkan oleh kerajaan melalui nasihat yang berbahaya kepada Perlembagaan,” tegas Aziz.

Selain Yang di-Pertuan Agong, tegas beliau, kesemua Raja-Raja Melayu adalah Kolonel Yang Dipertua untuk pelbagai regimen, kor dan formasi di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Sementara itu Majlis Raja-Raja juga mempunyai wakil di dalam Majlis Angkatan Tentera yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan.

Aziz berpendapat Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak kerana sudah tidak ada lagi sesiapa yang boleh diharapkan. Di dalam keadaan biasa mahkamah sepatutnya mentafsirkan peruntukan di dalam Akta Polis – seksyen 27 – yang menyekat perhimpunan aman dengan ketat termasuk membatalkan peruntukan itu.

Malangnya, kata Aziz, mahkamah membenarkan sekatan itu meskipun ia tidak munasabah. Polis sering menyebut kekecohan dan gangguan awam meskipun selama ini apa yang menimbulkan kekecohan ialah tindakan keras yang tidak perlu oleh pasukan polis sendiri. Dengan demikian adalah tidak wajar untuk pihak polis menyeret angkatan tentera terlibat sama dalam perkara ini.

Aziz berkata angkatan tentera perlu menyedari sumpah kesetiaan mereka kepada raja dan negara dan tidak mengikut perintah kerajaan membuta tuli sehingga menyebabkan mereka bertembung dengan rakyat yang mahu menentukan arah negara melalui demokrasi yang dijamin oleh Perlembagaan.

Angkatan tentera, tegas Aziz, adalah sebahagian daripada perkhidmatan awam persekutuan sebagaimana pasukan polis dan pelbagai cabang perkhidmatan kerajaan yang lain. Mereka patut setia kepada raja dan negara dan tidak harus mematuhi perintah kerajaan yang berpotensi menggugat Perlembagaan dan menyalahi undang-undang.

3 ulasan:

Jijiejohn berkata...

inilah hasil pemerintahan umno..

odeen berkata...

Damaikan Hang Tuah dan Hang Jebat Atau Hapuskan Kedua-duanya

Suasana politik negara buat masa ini adalah sangat tenat seperti berulangnya sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat di zaman Kesultanan Melaka.Di zaman Kesultanan Melaka Hang Tuah dan hang Jebat telah bertikam sesama sendiri demi menegakkan prinsip masing-masing. Hang Tuah dengan sikap taat kepada raja demi mengekalkan sistem yang sedia ada. Hang Jebat pula dengan sikap menderhakanya kerana beliau dan keluarga sendiri dianiaya oleh raja.

Maka Hang Jebat dengan prinsipnya "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah" demi untuk menegakkan keadilan. Sebagai rakyat biasa Hang Jebat merasakan perlu untuk mengubah sistem raja yang tidak adil ini.

Namun Hang Tuah tidak berdiam diri dengan dengan tindakan rakanya yang menderhaka dan cuba mencetuskan perasaan tidak puashati rakyat. maka kedua-duanya bertikam sehingga Hang Jebat terbunuh. Selepas peristiwa itu Hang Tuah terus membawa diri dan menghilangkan diri.Ketiadaan Hang Tuah dan Hang Jebat menyebabkan negeri Melaka tidak pernah aman dan terus huru-hara sehingga ia telah ditawan oleh Portugis, kemudian Belanda, British dan Jepun dalam satu penjajahan yang panjang mengambil masa lebih 400 tahun.

Apakah kita tidak belajar daripada sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat ini? Apakah kita mahu peristiwa pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat berlaku dan berterusan lagi hingga ke hari ini. Sejarah membuktikan pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat ini tidak pernah terhenti dan sejarah membuktikan pertelingkahan Hang Tuah dan Hang Jebat ini merugikan pemerintah dan rakyat sendiri.

Melihat situasi politik hari ini, watak Hang Tuah dan Hang Jebat kembali lagi namun dalam versi moden. Pihak pembangkang boleh kita umpamakan mewakili watak Hang Jebat manakala pihak pemerintah mewakili watak Hang Tuah. Jika dulu Hang Tuah dan Hang Jebat bertelingkah disebabkan fitnah dan Taming Sari sebagai senjata bisa untuk membunuh Jebat. Hari ini situasi itu hampir sama namun kini kedua-duanya saling mempunyai senjata berbisa iaitu Fitnah bukannya keris Taming Sari lagi. Tuduh menuduh antara keduanya seolah-olah sudah tiada noktahnya. Wujudnya watak si Tuah dan si Jebat ini telah memberi ruang kepada musuh kedua-duanya untuk menangguk di air yang keruh. Berjayakah Hang Tuah dan Hang Jebat mencapai impian masing-masing? Namun yang jelas pertelingkahan kedua-duanya telah menyebabkan rakyat menderita dan berasa bimbang.

Berjayakah Hang Jebat untuk menegakkan keadilan atau berjayakah Hang Tuah untuk mempertahankan kuasa pemerintahan yang sedia ada? Namun berjaya atau tidak kedua-duanya sudah tidak penting lagi. Kerana jika dilihat pada situasi kini, seolah-olah ada Tangan Asing telah menyusup masuk ke dalam sistem pemerintahan dan cuba mengapi-apikan kedua-dua watak ini. Apakah kedua-dua watak Si Jebat dan Si Tuah ini akan berjaya dihapuskan oleh Tangan Asing ini? Perlukah kita mendamai atau menghapuskan sendiri kedua-dua watak ini dengan sistem sedia ada seperti mengistiharkan darurat atau mengadakan pilihan raya sekali lagi? Adakah dengan mengitiharkan darurat dapat menghapuskan kedua-dua watak ini? Atau adakah dengan mengadakan pilihan raya sekali lagi dapat memuaskan hati dan seterusnya mendamaikan kedua-dua watak ini. Berjaya atau tidak tindakan kita, adalah amat bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk membuat pilihan. Namun yang pasti watak Tuah dan Jebat perlu didamaikan atau perlu dihapuskan. Pilihan semuanya di tangan kita sebagai rakyat jelata bukannya pada Tangan Asing.

Tanpa Nama berkata...

Salam OIL PROTES

Jika tentera ambil alih kawalan keselamatan dan ketenteraman awam, polis makan gaji buta, baik tak payah ada polis, adapun susahkan orang je, so baik terus ASKAR JAGA KENTENTERAMAN AWAM,
Ketua Polis pun dok tunggu siasatan BPR dan POLIS,
Boleh caya ke POLIS siasat POLIS
Bawah ASKAR saya rasa lebih terjamin keselamatan saya dan rakyat malaysia
INI bukan pemerentahan tentera tapi hanya pengawasan oleh tentera, kerana tentera terus dari Yang Dipertuan Agong-Daulat Tuanku