PERDANA MENTERI, sebenarnya berada dalam keadaan tersepit untuk meyakinkan rakyat bahawa isu "liwat" Anwar benar-benar berlaku. Tragedi 1998 dengan mata yang lebam, deraan polis yang melampau, media berat sebelah - rasanya menjadi punca mengapa rakyat tidak lagi mempercayai Anwar ada kes dalam isu "liwat" yang diperkatakan ini.
Paling malang, lebih ramai yang tidak rasional dalam menangani isu Anwar "liwat" dan isu "pembunuhan Altantunya" yang dikatakan melibatkan Najib Tun Razak.
Jika ada individu yang menyatakan mungkin benar Anwar "liwat", cepat-cepat individu yang lain membangkitkan soalan "anta ada saksikah?". Tetapi, jika dituduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya, tidak ada siapa pula yang bertanya "anta ada saksikah?"
Sedangkan, kedua-dua tokoh ini amat diperlukan saksi dan bukti untuk diperakui pembabitan mereka.
Inilah yang saya lihat satu gejala kurang sihat dalam menukilkan keadilan hatta kepada musuh sekalipun. Mungkin sebagai pendokong Pakatan, Anwar dipuja dan dipuji sementara Najib dicerca dan dikeji.
Kisah klasik, keikhlasan Syaidina Umar Al-Khatab yang nyaris-nyaris membunuh seorang kafir (musuh peperangan) patut dirujuk. Umar tidak meneruskan hasratnya untuk menusukkan mata pedang ke dada si kafir itu, apabila si kafir itu meludah muka Umar (dalam jarak dekat dan Umar boleh membunuhnya dengan mudah).
Umar bimbang, tusukan mata pedang itu akan membawa maut kepada si kafir, dan kematiannya bukan disebabkan si kafir itu musuh Islam tetapi sebaliknya kerana dendam atas ludahannya ke muka beliau. Umar tidak jadi membunuhnya.
Dari kisah ini, Umar menunjukkan satu bentuk keadilan telah diberikan kepada musuhnya, yang sudah tentu sukar untuk dilaksanakan oleh kita semua.
Apatah lagi, "konspirasi" telah dilagang dan dijadikan hujah yang paling kukuh menguasai pemikiran sesiapa sahaja. Baik isu Anwar, juga isu Najib dan isu-isu politik yang lain.

2 ulasan:
Nice blog. Thats all.
macamana rakyat tak menyangka yang bukan2,bila tanya pak lah kes najib,cepat sangat dia jawab;najib tak salah.bila kes anwar paklah jawab ,org salah mesti menafikan...pemimpin yang menyebabkan rakyat buat kesimpulan;anwar tak salah,ini satu konsipirasi.lagipun pak lah selalu cakap bohong...pasal tarikj pilihanraya,pasal janji naik minyak...dan banyak lagi.sepatutnya kes anwar,kes najib disiasat oleh suruhanjaya diraja,yang benar2 bebas utk mendapat kembali kepercayaan rakyat.
Catat Ulasan