KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Julai 31, 2008

Muhamad Sabu pelawa Adnan, Tajol dan Khir sertai PAS

INTERBIU saya dengan Naib Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu agak tercuit dengan perlawaan beliau terhadap Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, bekas Menteri Besar Perak dan Selangor, Dato' Seri Tajol Rosli dan Dato Seri Mohd Khir Toyo menyertai PAS.

Ini bermakna, Muhamad Sabu meminta agar mereka meninggalkan Umno kerana perjuangan mereka dalam parti yang kian uzur itu sudah tidak memberi apa-apa makna setelah Umno ditolak rakyat pada pilihan raya umum yang lalu.

Umno sebenarnya diperkukuh dan dipertenagakan oleh kekuatan parti-parti komponen mereka dari Sabah dan Sarawak. Ketrampilan Umno sudah jauh merosot dan kanser.

Muhamad Sabu amat mengalu-ngalukan ketiga-tiga pemimpin Umno itu menyertai PAS dan meninggalkan Umno dalam keadaan parti itu sedang sakit tenat dan memerlukan rawatan dari luar.

Saya mewawancara beliau untuk terbitan akhbar rasmi PAS, Harakah minggu depan. Iaitu terbitan terakhir edisi sebulan dua kali. Agak panjang lebar juga interbiu tersebut yang banyak menjelaskan darihal isu muzakarah Umno-PAS dan kematangan perwakilan ke Muktamar PAS ke 54, awal Ogos ini.

Saya dan wartawan Harakah, Roy Rasul serta pemberita pelatih, Nura Rahim mencari beliau sejurus selepas mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dengan Majlis Syura Ulama petang tadi iaitu sebaik kami meninggalkan sidang media Presiden PAS di tingkat empat, Pejabat Agung PAS.

Muhamad Sabu berkata, PAS membuka pintu seluas-luasnya untuk semua ahli dan pendokong Umno agar berhijrah meninggalkan parti itu dan menyertai PAS demi perpaduan Melayu dan agama Islam.

"Eloklah mereka bertiga dan tokoh-tokoh Umno yang sayangkan Islam, masuk PAS bagi penyatuan umat Islam untuk perkuat perpaduan Melayu dan perkasakan agama Islam di negara ini," katanya kepada kami di bilik Naib Presiden PAS, tingkat lima, Pejabat Agung parti tersebut.

Tiada ulasan: