MENGAPA polis mahu meneruskan sekatan jalanraya sekitar Lembah Klang, jika dengan alasan yang dangkal dan mual. Sepatutnya, agensi kerajaan yang terlatih itu bertindak secara profesional dan bukannya berdasarkan "andaian".
Soalnya, "andaian" siapakah yang pihak polis terima pakai hingga begitu rajin dan prihatin untuk mengadakan sekatan jalanraya itu. Apakah tujuannya, jika hanya untuk menaikan rasa amarah rakyat yang menggunakan jalanraya terbabit. Untuk menyusahkan mereka, hingga mereka terpaksa memboroskan minyak petrol dan diesel semata-mata terjebak dengan kesesakan jalanraya angkara polis.
Inilah yang dikatakan provokasi. Agar rakyat marah. Agar rakyat benci. Dan akhirnya mereka bertindak liar. Memberontak? Adakah ini yang dimahukan oleh Pak Lah? Ini semua kerja gila, kata Naib Presiden PAS, Mohd Sabu. Dari mana Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mendapat khabar mengenai 'kemungkinan' suatu perhimpunan besar akan dianjurkan dalam masa terdekat? Mengapa polis masih bertindak mengikut "andaian" dan khabar angin?
Polis patut tahu bahawa sekatan jalanraya tidak pernah mematahkan kaki rakyat untuk berhimpun jika benar ada perhimpunan dan tunjuk perasaan. Sekatan polis bukan kayu ukur dan pagar duri yang gagah menghalang mereka berkumpul. Tidak perlu polis berbuat demikian dan percaya dengan desas-desus seperti itu.
Apakah ini petanda baru, kerajaan BN yang dipimpin Pak Lah bakal tumbang dan tumpas menjelang September ini. Macam Debat Minyak antara Anwar Ibrahim dan Shabery, rata-rata penonton memberikan kredit kepada Anwar, bukannya kepada Shabery. Shabery hanya dilihat sebagai belaci Pak Lah dan tidak menyebelahi rakyat yang susah dan disusahkan dengan kenaikan harga minyak secara drastik itu.
Apa bezanya dengan tindakan polis sekarang. Sekatan akan menyebabkan jalan sesak. Semua kenderaan bergerak perlahan atau terhenti terus. Tetapi terus minyak dibakar, duit tetap keluar. Kehidupan rakyat tambah derita dengan langkah bodoh pihak polis ini. Janganlah angkara minyak naik, maka darah rakyat juga mahu dinaikkan. Apakah yang Pak Lah dapat dengan tindakan gila sebegini?
2 ulasan:
Your blog is very creative, when people read this it widens our imaginations.
Saya tak nak komen tentang pucuk pimpinan BN saya nak komen pasal TUN.
RAMAI YANG MENYALAH DAN MENGATAKAN PAKLAH LEMAH..Masalahnya Paklah jadi PM Malaysia ketika era ICT dan globalisasi begitu memuncak di Malysia ketika ini...Sebab itulah kedengaran di sana-sini seolah-olah Paklah adalah lemah....Orang lupa bahawa Tun lah yang melantik orang lemah ini...Orang kata Tun silap pilih, bagi saya tidak Tun sengaja pilih Paklah walaupun dia tahu paklah lemah kerana dia nak elakkan kejatuhan BN pada PRU12(2004).
Sebelum itu, Tun talah menafikan kepintaran Anwar kerana Anwar boleh menjatuhkan reputasinya sebagai pemimpin yang berkaliber...ternyata firasatnya benar, apabila Anwar dipenjarakan, ramai penyokong Tun kata bahawa Tun memang hebat kerana telah membawa perubahan yang besar terhadap negara...Tetapi jika kita lihat balik zaman kegemilangan Malaysia adalah semasa Anwar menjadi TPM sehingga kerancakan ekonomi Malaysia adalah hampir setaraf dengan singapura(8%-9%) setahun...
Namun selepas itu kegemilangan Malaysia jatuh seperti jatuhnya Anwar dari politik Malaysia. Tun tahu tentang semua itu, sebab itu Tun cepat-cepat meletak jawatan pada 2003 tanpa alasan yang munasabah dan beban Tun telah dialih kepada Paklah...Di sini kita lihat kepintaran Tun berpolitik walaupun mengakui beliau tidak akan selamanya memegang sesuatu jawatan, namun selepas itu Tun menyalahkan paklah dengan mengatakan paklah lemah...
PATUTKAH KITA MENYALAHKAN 100% KEPADA PAKLAH...NAMUN PUNCA SEBENAR KEMELESETAN EKONOMI DAN MASALAH POLITIK MALAYSIA ADALAH AKIBAT TUN SENDIRI...USAH BERSELINDUNG LAGI DISEBALIK KEBENARAN INI TUN...BERTAUBATLAH
Catat Ulasan