BAGI saya, Menteri Penerangan, Datuk Shabery Chik patut meletakkan jawatannya sebagai menteri mulai esok, serta-merta. Itulah janjinya, jika beliau tewas. Hakikatnya, Shabery sudah tewas!
Beliau gagal bertindak sebagai menteri yang memperjuangkan hak rakyat sebaliknya mempertahankan kerajaannya yang sudah tentu beliau ada kepentingan didalamnya. Kerajaan menindas dengan kenaikan harga minyak. Impaknya, semua harga barangan lain naik mencanak. Inflasi kian tegar!
Esok juga, pastinya pelbagai alasan diberikan untuk Shabery tidak meletakkan jawatan. Walhal, beliau yang sinis dan tergelincir dari perbincangan tajuk sebenar. Shabery sarat memerli dan menyindir Anwar. Dari demontrasi Baling hinggalah IMF, IPP dan menentang Tun Mahathir. Topik tulen gagal dizahirkan.
Saya yakin, jika Shebery terlancut (terlajak) kata, menyinis dengan isu liwat, pastinya, beliau akan diboooo oleh hadirin. Bukan semua orang BN, ramai juga penyokong Pakatan dan imej Shabery pastinya teruk tercalar kerana ia ditonton oleh rakyat Malaysia.
Shebery tidak menjawab isu sebenar pada program Debat anjuran Agendadaily yang menampilkan Anwar Ibrahim sebagai sasaran. Tajuknya mencuri fokus "Esok Memerintah, Turun 50 Sen" berkenaan harga minyak yang menyenakkan rakyat.
Anwar pada realtinya berjaya memukau hadirin dan rakyat marhaen tentunya bertepuk gemuruh di hadapan televisyen. Anwar jelas membela rakyat. Hujahnya untuk rakyat. Sebaliknya Shabery dan Nordin Kardi, menjelmakan sifat "mengampu" yang dipandang jelek oleh rakyat terkini.
"Kita tidak boleh beri subsidi," bahas Shabery.
"Mengapa orang atasan, pelabur asing di beri insentif, pelupusan cukai, billout? Bukahkah itu subsidi juga?" tanya Anwar.
"Untuk rakyat, subsidi tak boleh. Untuk kroni banyak manapun boleh! Baik billout, pelupusan cukai mahupun insentif, semuanya itu adalah subsidi kerajaan. Mengapa kita nak bermusuh dengan rakyat?" balas Anwar menempelak Shebery.

1 ulasan:
bagi saya sabery hanya boleh diberikan markah berani berhadapan dengan DSAI saja. soalan zulkifli sulong pun tidak terjawab. kehadiran Nordin Kardi pula hanya memalukan ahli akademik!
Berbahasan pula dikuasi 90 peratus oleh dsai.
markah yang boleh di beri:
DSAI 80
Sabery 20
Catat Ulasan