HARI ini, Naib Presiden PAS, Haji Mohd Sabu memberi amaran kepada kerajaan Barisan Nasional dan sudah tentulah kerajaan pilihan rakyat, Pakatan Rakyat agar tidak memboroskan wang rakyat hanya semata-mata ingin memenuhi kehendak menukar kereta Exco seperti yang berlaku di Terengganu.
Amaran sebegini, rasanya sudah lama tidak didengari. Maksudnya yang datang dari mulut pemimpin PAS. Tidak salah tokoh karismatrik PAS itu mengingatkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam perkara itu. Tidak ada yang ganjil dan pelik, jika amaran itu datang dari tokoh Pakatan Rakyat sendiri.
Sama ada mereka mahu menggunakan Mercedes Benz atau Proton Perdana, mereka tidak harus sesekali membazirkan wang rakyat! Begitulah ingatan Haji Mohd Sabu.
Namun isu yang berbangkit patut dijenguk dan dijengah juga. Kos penyelenggaraan yang tinggi ke atas kereta rasmi kegunaan Exco Kerajaan Negeri Terengganu sebagaimana yang didedahkan media sekarang ini, ada benarnya.
Isu ini sudahpun diakui kerajaan negeri Pahang, Kelantan, Kedah dan Selangor. Malah hari ini, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu, sudahpun mengumumkan keputusan kerajaan Selangor untuk membeli kereta jenama Camry bagi menggantikan kereta Proton Perdana yang dilaporkan sering sakit-sakit.
Penggunaan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi, sebenarnya menjadi dasar kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau pun negeri, selaras dengan dasar kerajaan untuk mengutamakan kenderaan keluaran nasional.
Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini banyak kerajaan negeri terpaksa menimbang semula dasar tersebut akibat kos penyelenggaraan kereta nasional yang amat tinggi. Ini tidak bermakna ingatan Mohd Sabu itu, menolak keterukan mutu kereta nasional yang sering sakit-sakit itu.
Apa yang penting, isunya ialah duit rakyat tidak diboroskan hanya semata-mata ingin memenuhi impian berkereta mewah dan ada class. Duit kerajaan adalah wang rakyat, amanah rakyat. Selenggarakanlah, wang rakyat untuk rakyat dengan penuh amanah dan jujur!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan