KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Julai 21, 2008

Di mana sudahnya isu "liwat" Anwar dan apakah rakyat akan terus menjulangnya?

TERDAPAT dua andaian sekarang tentang kes "liwat" membabitkan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim. Satu, ia benar-benar dilakukan oleh Anwar dan keduanya, ia suatu konspirasi. Di pihak kerajaan sudah tentu ia cuba menolak tuduhan itu sebagai suatu konspirasi dan di pihak Anwar pula, cuba menepis kes "liwat" itu benar-benar berlaku.

Namun, kecenderungan rakyat kian berbeza. Sokongan berbelah-bahagi juga agak ketara. Jika dibandingkan dengan isu "liwat" kali pertama tercetus pada 1998 lalu. Simpati, sokongan dan dokongan bertali-arus dan begitu mantap.

Apa yang dibangkitkan oleh Anwar tentang ujian DNA dan tragedi "dibogelkan" oleh HKL baru-baru ini, makin menyenakkan orang awam hingga ada yang sudah meluat. Di sebelah kerajaan dan BN, terus menuduh Anwar sebagai pemutar-belit dan suka mempolitikan sesuatu atas tujuan untuk mengalihkan isu. Termasuklah dalam isu "mubahalah" yang akhirnya beliau sendiri menyelitkan pelbagai andaian dan sangkaan untuk tidak bermubahalah.

Apapun, seperti kata banyak pihak, Anwar mesti memberikan kerjasama dan polis juga mesti bertindak profesional dalam siasatan. Soalnya, siapakah yang nak percaya dengan polis setelah diragukan sikap profesionalnya? Dan siapa pula yang mahu percaya Anwar tidak melakukannya, jika terlalu banyak "sebab" dipandu Anwar sendiri untuk meletakkan kes ini sebagai konspirasi.

Maaf, atas tulisan saya begini... kerana impaknya cukup terkesan kepada Pakatan Rakyat sekarang! Mungkin anda menyatakan ia beri kesan baik kepada Pakatan tetapi ada ramai juga di luar sana yang menyifatkan ianya telah back fire.

6 ulasan:

niesa berkata...

Saudara,

Inilah yang ingin diterapkan oleh mereka itu dalam kepala tiap-tiap manusia di Malaysia.. Kekeliruan yang akhirnya merugikan rakyat dan seterusnya menguntungkan meraka yang berkuasa.

JinChrist berkata...

Kalu Saiful betul2 nak aniaya apasai tak tangkap bukti dgn kamera ?. Dah mmg konspirasi, dah mmg Saiful nie opportunist gay-boy yg tak di layan DSAI sebab DSAI dah tau nie trap..

Tanpa Nama berkata...

Konspirator cuba untuk `reverse psychology` minda kita semua dengan menggunakan tektik yang sama.

Tanpa Nama berkata...

ada beberapa artikel menarik di sini
No2Anwar.blogspot.com

yg paling ketara ialah komen Dr Chandra Muzaffar bahawa "Anwar Ibrahim is a master of deceit and duplication" maksudnya, Anwar seorang penipu dan penyangak

dari respons gabra menyorok di rumah Duta Turki hinggalah keengganan untuk Mubahalah dan memberi DNA, dan kemudiannya menuduh doktor mentelanjangi beliau - saya nampak auta Anwar semakin tipis dan end game semakin menghampirinya.

Anwar sedang mencuba untuk jadikan agenda pribadinya bergelut untuk melepaskan diri dari kes liwat sebagai umbun untuk membakar semangat penyokong yg jumlahnya semakin merosot.

Talian hayat Anwar, apabila semua cubaannya tewas ialah mendapatkan bantuan Uncle Sam ...

Rainia berkata...

di manakah DS anwar sewaktu tarikh dan masa tuduhan , kalau siapa tahu di mana DSI anwar berada masa tu confirm tia tak lakukan perkara tu, dia dah janji nak bagi alibi, jom kita tanya YB dr wan Azizah dan YB Nurul Izzah, or sape tahu DSAI kat mane masa tu kita bawa mahkamah

Tanpa Nama berkata...

Salam Tepisan

Jika benar kita akan berkata benar so jika salah kita akan takut berkata benar. BERANI KERANA BENAR DAN TAKUT KERANA SALAH.Saya bukan menuduh atau menafikan perlakuan berlaku, jadi sebagai rakyat malaysia, kepercayaan kita kepada manusia perlu ada batasan , jadi biar mahkamah yang menentukan .
SALAM BERJUANG DEMI RAKYAT MEHERAN