JENUH juga saya memahami dan memikirkan kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar dalam isu muzakarah atau pertemuan PAS-Umno ini. Beliau menyifatkan semua dakwaan, khabar angin dan tebaran SMS itu sebagai FITNAH.
Hujahnya konsisten bahawa tiada sebarang pertemuan antara PAS dengan Umno sehinggalah ke saat akhir, ketika Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sudah memperakui pendedahan Perdana Menteri, tentang wujudnya tiga kali pertemuan Umno-PAS berlangsung.
Mahfuz yang sekarang Ketua Penerangan PAS Pusat, terpaksa membuat kenyataan media atas nama Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena meminta penjelasan dari Presiden PAS berkenaan isu pertemuan tersebut.
Walhal, beliau adalah pemimpin paling rapat dengan Presiden PAS itu. Bagaimana wujud "kerahsiaan" antara keduanya, sedangkan Penarik Beca lebih tangkas mendedah isu ini sewaktu masih dalam selimut tebal.
Masih terngiang-ngiang telinga saya apabila membaca satu artikel Mahfuz dalam kolumnya di Harakah tentang tidak siumannya orang yang mendakwa wujudnya pertemuan antara PAS dengan Umno. Ketika, agak sudah hadam isu ini digolek dan diheret dalam diskusi tak rasmi kami. Yang akhirnya, pertemuan itu sebenarnya wujud dan terdedah!
Tetapi, saya yakin, Mahfuz sebenarnya tahu perkembangan itu tetapi cuba menenuhi jaluran orbit agar kenyataannya mengikut kehendak parti. Waktu itu, PAS tidak mengumumkan adanya muzakarah seperti yang dimaksudkan dan kalau adapun, barangkali tidak dibincangkan secara rasmi dalam parti.
2 ulasan:
Dah berjangkit penyakit bohong Dollah Albadwi kot? Kalau nak bohong pegilah masuk UMNO yang sinonim dengan bohongan dan penipu serta penyangak!
Sila baca kembali kenyataan Mahfuz itu sekali lagi. Dia menggunakan ganti-nama "saya" hanya dua kali sahaja. Awal-awal lagi saya sangsi keikhlasannya.
Catat Ulasan