KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Julai 09, 2008

Bersembang dengan Saifuddin sarat dengan maklumat politik terkini...



Kata Saifuddin, Pak Lah dan Najib sedang bertempur. Retak menunggu belah. Dalam masa yang sama, rakan-rakan ahli parlimen BN yang sanggup ke Pakatan Rakyat sudah lebih dari mencukupi...

PERTEMUAN kami dengan Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution Ismail cukup membuka minda. Sarat dengan pengetahuan dan maklumat terkini dari gebar politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Kami berbual panjang. Kebetulan malam itu dateline Harakah yang biasanya terpaksa menunggu hingga ke Subuh. Ahmad Lutfi, Taufek Yahya, saya dan Rashidi Hassan bukan saja menjala maklumat dari Saifudin, tetapi Ahli Parlimen Machang itu juga menuba sama info terkini dari kami.

Setelah hampir dua jam di Harakah, saya dan Rashidi menghantar Saifuddin pulang ke sarang penginapannya di sebuah hotel dekat Mid Valley.

Sebelum itu, kami 'pekena' makan tengah malam di Kg. Baru. Jam sudah 2.25 pagi. Memang perut sudah keroncong. Lebih banyak cerita of the record bergentayangan ketika makan.

Semuanya tiada pada sisi akhbar, tidak juga pada mana-mana laman blog. Saya menyimpannya untuk kupasan pada masa yang sesuai.

Saifuddin, tidak jauh bezanya dengan Saifuddin sewaktu bergelemak di Pejabat Harakah sebelum beliau mengangkat kaki ke lubuk Umno sembilan tahun yang lalu.

Tiada ulasan: