KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 30, 2009

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat sifatkan pendedahan Nik Abduh rugikan perjuangan parti


BLOGGER Nik Abduh semalam dipanggil Badan Perhubungan PAS Kelantan memberi penjelasan mengenai tulisan "Kerja-kerja Bodoh" dalam PAS yang dimuatkan dalam blognya dan dipetik media cetak lain, lapor Wan Johari pada blognya jiwokelate.

Menurut sumber, Nik Abduh dinasihat supaya menarik balik semua tulisannya yang menyebabkan kecelaruan banyak pihak dalam PAS. Selepas beberapa hari media harian yang dekat dengan Umno menggamatkan isu dicetuskan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nik Abdul Nik Abdul Aziz, hari ini Dewan Ulamak PAS Pusat tampil meminta dihentikan polemik tersebut.

Ketuanya, Dato’ Mohamed Daud berkata, amat tidak wajar sekali sekiranya laman blog digunakan untuk kebaikan parti menjadi medan mendedahkan keburukan orang lain.

“Perbuatan itu jelas merugikan parti sendiri. Kami berharap semua pihak menghentikan pelbagai spekulasi serta andaian peribadi berhubung kerajaan perpaduan dalam blog masing-masing.

“Anggota parti juga diingatkan tidak menyerang atau cuba menonjolkan orang tertentu yang diminatinya kerana ia akan mewujudkan kesan yang negatif,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Terdahulu Bernama melaporkan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa badan itu masih belum berbincang berhubung kenyataan anak Mursyidul Am itu, Nik Abduh yang percaya pembantu-pembantu bapanya berkonspirasi dengan niat untuk melaga-lagakan bapanya dengan Abdul Hadi.

Timbalan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dinasihatkan supaya tidak membuat kenyataan yang menjejaskan kewibawaan bapanya yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Abdul Fatah Haron yang juga Ahli Dewan Harian Pas Kelantan berkata, tulisan Nik Abduh dalam blog bahawa bapanya diberi maklumat tidak tepat oleh para pembantunya mengenai kerajaan perpaduan, memberi gambaran seolah-olah Nik Abdul Aziz tiada pemikiran sendiri dalam membuat keputusan politik.

“Sepatutnya sesiapa (ahli parti) yang menulis dalam blog atau apa saja berhati-hati dalam penulisan mereka. Sehingga hari ini rakyat beri kepercayaan penuh kepada tok guru.

“Jadi jangan buat sampai tok guru hilang kredibiliti. Apabila ditulis sedemikian seumpama tok guru tiada buah fikiran sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai siapa yang mungkin dimaksudkan Nik Abduh, Abdul Fatah yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Negeri Kelantan berkata, semua rakyat dan ahli PAS adalah pembantu Nik Aziz.

“Pembantu ayahnya adalah semua orang. Nik Aziz apabila mendengar pandangan sama ada dalam parti atau kerajaan tidak pernah menerimanya bulat-bulat. Sebaliknya beliau akan mendengar semuanya dan akhir sekali melakukan solat istikharah memohon petunjuk daripada Allah sebelum membuat keputusan,” katanya.

Baru-baru ini Nik Abduh yang juga anak kepada Mursyidul Am PAS menulis dalam blognya menghentam pembantu bapanya berkaitan isu kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ekoran itu media berjaya mencipta fenomena baru bagi memburukkan PAS menjelang muktamar tahunan yang akan diadakan Jun depan di Shah Alam.

Mohamed Daud yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mat Iraqi berkata individu tidak boleh mengeluarkan kenyataan secara terbuka berkenaan cadangan kerajaan perpaduan memandangkan ia telah disepakati akan diputuskan pada muktamar nanti.

Menurutnya sebelum ini mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat, Majlis Syura Ulamak, Jawatankuasa PAS Pusat telah membuat ketetapan isu kerajaan perpaduan akan diputuskan dalam muktamar Jun ini.

“Maka orang perseorangan tidak boleh membuat sebarang kenyataan terbuka mengenai perkara itu kerana ia akan menggelirukan orang ramai. Bukan itu sahaja ia juga akan memberikan ruang kepada pihak musuh untuk mempermainkan isu terbabit seperti yang berlaku sekarang,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan anggota parti tidak mengunakan blog untuk mendedahkan perkara negatif mengenai orang lain kerana ia akan menguntungkan pihak musuh.

“Kita sebagai sebuah parti Islam dan tentunya perjuangan dan cara kita juga tidak sama dengan pihak lawan,” ujarnya.

Ditanya mengenai ada kawasan yang mahu jawatan tertinggi parti dipertandingkan katanya, sewajarnya jawatan utama tidak dipertanding dan terus diterajui kepimpinan ulama. Bagaimanapun beliau berpendapat bagi jawatan Naib Presiden dan anggota jawatankuasa perlu ada gandingan di antara profesional dan ulama.

Ditanya lanjut mengenai kerajaan perpaduan beliau berkata, Dewan Ulamak tiada masalah untuk menyokong cadangan itu sekiranya perundangan negara dan ekonomi berjalan mengikut lunas-lunas Islam.

“Namun persoalannya adakah pihak lain boleh menerima kerajaan perpaduan itu bergerak mengikut acuan Islam,” katanya.

4 ulasan:

TBO berkata...

salam

Takbirr Allahu Akhbar

Gitulah ustaz Mohd daud Iraqi sepatutnye PAS merapatkan saf sebagai satu binaan (bunyanun marsus) bukan tuduh menuduh, tahniah Ustaz mat daud. Alahmdulillah ada lagi Ulama yang wibawa dalam PAS. Skru je Ustaz Mat sapa yg membuat onar dalam PAS tak kira siapa.

Abu Razeen 2 berkata...

ahli sejarah telah merakamkan khalifah ‘uthman pun sedikit sebanyak dipengaruhi oleh ‘pembantu2′nya sehingga beberapa keputusan beliau dianggap bukan terbaik dlm menanggapi kamelut ummah pada masa itu.

Dan beliau termasuk khulafa arrasyidin bahkan termasuk ‘asyarah mubasysyarah.

TGNA dan TGHH bukanlah sahabat arRasul; ‘pembantu2′ mereka lagilah jauh dibandingkan dgn mereka yg berada di inner circle khalifah.

ada dua isu yg berbangkit dari tulisan ustaz nik abduh.

1a. TGNA berbeda pendapat dgn TGHH.
1b. kemudian Ustaz memberitahu TGNA menerima pendapat TGHH.

Kedua2nya 1a dan 1b tidak datangkan masalah kpd pemimpin yg berjiwa besar spt TGNA dan TGHH. Adap berjamaah haruskan perbedaan pendapat asalkan persoalan pokok spt aqidah……sama. Kedua2 TGNA TGHH beraqidah ahlussunnah wal jama’ah bukan satu ahlussunnah wal jama’ah dan satu lagi ahlussunnah al ‘ashaariyyah.

Hanya mungkin pada ana, husnudzan TGNA kpd ‘pembantu2′ nya sepatutnya TIDAK melebihi tahap husnudzannya kpd TGHH terutama apabila, spt ustaz cuba gambarkan ‘pembantu2′nya telah melaporkan dgn laporan yg salah.

dan ana yakin komen asal TGNA terhadap lontaran idea TGHH tidaklah sekeras hingga terkeluar dr jalinan kasihsayang filLaah antara tok guru berdua. Tegas….mungkin. Tetapi macai2 umno atau juhalaa’ dr kalangan ahli Pas ( bukan ustaz guna kalimah ‘bodoh’?) yg suka tafsir, faham dan tulis seolah2 kedua2 tok guru ‘ berperang’!!

2a. pembantu2 TGNA.
2b. pembantu2 TGHH ( ini ana tambah ).

” pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!”

klu benarlah mrk seronok melaga2kan antara TGNA dan TGHH ana rasa ustaz wajib dedahkan kpd jk disiplin atau syura Pas. klu tidak ustaz bertanggungjawab membiarkan musuh dlm selimut berkeliaran dlm PAS.

tapi klu mereka sangka mereka lakukan kebaikan tapi mrk tersilap laporan , tanpa mala fide, mrk perlu diperbetulkan dan ditarbiyyah .

sama juga dgn ‘ pembantu2′ TGHH yg tersilap faham sikap ikhwah dan akhawwat Pas hingga tulis yg bukan2 ( atau buka laluan macai2 umno utk tulis yg bukan2) terhadap Khalid Samad dan Dr Mariah hatta pemimpin PR spt mp Kelana Jaya dan lain2nya………..

klu niat utk kebaikan, tapi silap tulis maka perlu diperbetulkan dan diterbiyyah ‘pembantu2 ini. Tak perlu lah dibuang sbg ydp kawasan, su akhbar, su politik atau apa2 jawatan yg disandang.

Tanpa Nama berkata...

mintak tok guru amek balik anak dia nih... jangan bagi main politik... nampak nak jadi macam khairy dah dia nih.. semua kerana kemaruk nak kuasa... sombong pulak tuh!!! tidak layak nak jadi pemimpin Islam!

Mohamad Shafri Shamsudin berkata...

Kepada Tanpa nama,
Anda bersikap biadap. Anda penakut kerana memberi komen tanpa mengenalkan diri anda. Mungkin juga anda adalah salah seorang balaci orang yang tertentu yang mahu merosakkan parti. Kalau anda mahu bercakap kenalkan diri. Kalau penakut jangan cuba komen yang melampau. Sekurang2nya ust Abduh adalah seorang yang berani. Dia mendapat didikan dari ayahandanya dari dilahirkan hingga sekarang. Adakan anda mempertikaikan didikan yang TG Nik Abdul Aziz berikan? Sapa anda? Kalau penakut duduklah umah diam.