KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Januari 23, 2011

Era Najib jadi PM: Ketuanan Melayu diganti dengan Kepuanan Melayu Rosmah Mansor

"Saya memohon maaf kepada Datin Seri Rosmah Mansor kerana sebelum ini saya underestimate kehebatannya. Saya tak pernah terfikir dia mampu mempergunakan kedudukannya sehebat yang dilakukan oleh Khairy Jamaluddin," tulis Penaric Beca dalam blognya hari ini bertajuk "Zaman Najib, Zaman Kepuanan Melayu".

Rupa-rupanya kehebatan Khairy mempergunakan kedudukan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi Perdana Menteri terlalu kerdil jika dibandingkan dengan kehebatan Rosmah menggunakan kedudukan suaminya, Najib.

"Benarlah kata Mamak kawan saya itu, zaman Najib ialah zaman kepuanan Melayu. Ketuanan Melayu sudah tak ada di zaman Najib. Hidup kepuanan Melayu! Hidup Rosmah!"

katanya, tu fasal kepuanan Melayu. Kedua, oleh kerana hari ini adalah hari penamaan calon pilihan raya kecil Tenang, nak tulis sikit fasal pilihan raya kecil itu.

Antara perkara bersejarah yang dilakukan oleh salah seorang pemimpin parti kepuanan Melayu dalam kempen pilihan raya kecil itu ialah menghina Islam. Kita semua tahu, ketika bercakap kepada wartawan pada 20 April 1983, presiden parti kepuanan Melayu hari ini kata, "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".

Tiada ulasan: