KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 20, 2011

Satu lagi slogan tipu rakyat: 'Umno Dahulukan Rakyat' hanya untuk tutup pekong "pengkianatan" sang pemerintah!

PAS menyifatkan slogan "Umno Dahulukan Rakyat" hanyalah halwa telinga untuk melalikan rakyat di negara ini tentang kebaikan Umno, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, ia tidak lebih daripada modal pilihan raya yang sudah hampir, bukan sebagai satu tanggungjawab yang berterusan daripada seorang pemimpin.

Terdahulu, Ketua Penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan berkata, slogan "Umno Dahulukan Rakyat" akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa Umno sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara. Mengulas lanjut, Ustaz Idris berkata, ketika slogan ini berkumandang di dada akhbar dan kaca televisyen, rakyat bawahan mengeluh dan sesak dada sewaktu membawa anak-anak daftar sekolah di awal tahun. 

"Cuba bayangkan anak yang belajar di darjah enam terpaksa berbelanja hampir RM 200, manakala sekolah menengah yang berasrama penuh pula ada yang mencecah sampai RM 1,000. Apa erti dengan slogan yang indah, hakikatnya rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang, semua gara-gara pemimpin yang rakus dan boros," ujarnya. Soal beliau, apakah rakyat kenyang dengan slogan yang indah, apabila kenaikan harga barangan mendadak naik, seperti bawang merah daripada RM3.50 sen mencecah kepada RM12.50 sekilo? 

"Semua peniaga makanan sudah menaikkan harga 10 peratus kerana kos bahan mentah yang naik mendadak. Persatuan Kedai Kopi Selangor/Wilayah Persekutuan menaikkan teh dan kopi susu 20 sen segelas mulai 1 Januari 2011. Tarif elektrik sudah dipersetujui oleh kabinet untuk dinaikkan. Hanya menunggu keputusan BN menang PRU 13 saja. Sekarang tidak berani naik kerana takut rakyat hukum dalam pilihan raya," tegas beliau.

Ustaz Idris berkata, alasan kenaikan kerana kos operasi meningkat dan ini semua gara-gara Tenaga Nasional Berhad (TNB)  yang terpaksa membayar tenaga kepada pembekal kroni walaupun TNB tidak menggunakan sebanyak yang dijanjikan di bawah perjanjian yang tidak memberi unsur ekonomi langsung. Katanya, TNB dikehendaki membeli tenaga daripada IPP (penjana tenaga bebas) pada harga yang lebih tinggi berbanding dengan kos penjanaan sendiri. 

"Apabila ini terjadi maka rakyat menjadi mangsa walaupun perjanjian yang yang merugikan wang rakyat. Bagi pemimpin mereka tidak kisah kerana bil eletrik mereka, rakyat yang membayar," ujarnya. PAS ingin mengingatkan kepada rakyat undi bahawa BN bererti menempah lubang maut, yang akan membawa kesengsaraan dalam hidup.

Tiada ulasan: