KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 22, 2011

Umno dan MCA tiada beza: Sebab itu Chua Soi Lek tak faham-faham Islam, nada yang sama macam Umno


Calon PAS-Pakatan Rakyat, Cikgu Normala Sudirman melahirkan rasa simpati terhadap Chua Soi Lek kerana beliau gagal memahami konsep Islam selepas Umno gagal "mentarbiyah" para pemimpin MCA dan lain-lain parti komponen BN dengan ajaran Islam yang betul.

"Secara peribadi saya lebih fokus kepada perasaan simpati saya kepada beliau (Dr Chua) kerana tidak memahami, seharusnya setelah lama berkawan dengan komponen BN, menjadi tanggungjawab Umno untuk memahamkan rakan-rakan tentang hak yang sebenar sebagai individu Muslim termasuk soal bersalaman dan sebagainya," ujar Cikgu Mala.

Normala berkata demikian ketika merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Beliau meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita Islam. Tetapi berkawan dengan Umno tak jauh berbeza dengan berkawan sesama anggota MCA sebab itu, mereka gagal melihat Islam Umno ada beza denbgan Islam yang dibawa oleh PAS.

"Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus. Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno," kata beliau dalam temu bual eksklusif bersama The Malaysian Insider hari ini.

Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.

Tiada ulasan: