KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Jun 12, 2012

Kerabat DiRaja Negeri Sembilan dedah Menteri Kanan Umno 'ugut' Tuanku Ja'afar, hina Raja Melayu


Percubaan Umno-BN untuk menutup tindakan mereka menghina Raja-Raja Melayu dalam krisis Perlembagaan 1988 dan 1993 muncul kembali apabila para pemimpinnya memutar-belitkan dakyah kononnya Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat menghina Raja-Raja Melayu sewaktu hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong 11 April lalu di Istana Negara.

Seorang kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan (gambar) mendedahkan bagaimana lantang dan beraninya pemimpin Umno menghina Raja-raja Melayu pada masa krisis Perlembagaan berkenaan. Katanya, seorang Menteri Kanan telah membuat panggilan telefon kepada Yang DiPertuan Agong ketika itu, Al-Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman kira-kira jam 11 malam.

"Tuanku Ja'afar memanggil saya. Baginda bagi tahu baginda dapat panggilan telefon 'ugutan' dari seorang Menteri Kanan. Kalau Tuanku tak tandatangani enakmen (pindaan Perlembagaan) itu, dia (Menteri Kanan) akan meniup seruling pemberontakan mengheret Raja-raja Melayu ke jalan raya seperti mana pemberontakan di Indonesia. "Di sana, Raja-raja Melayu semasa pemberontakan ada yang dibunuh dan di masukkan ke dalam kawah atau belanga, kata Menteri Kanan itu," dedah Tunku Harmy kepada Harakah sewaktu dihubungi.

Katanya lagi, pada waktu itu, Tuanku Ja'afar kelihatan cemas dan risau tetapi beliau menasihatkan Tuanku agar tidak bimbang sebaliknya mohon pertolongan daripada Allah SWT. "Tuanku jangan takut dengan orang Umno yang buat kerja gila ini. Begitulah bahasa saya ketika itu kepada Tuanku Ja'afar," ujar beliau.

Tunku Harmy yang juga sepupu kepada Yang Dipertuan Negeri Sembilan sekarang mendedahkan, bagaimana untuk mengasak Tuanku Ja'afar agar mengikut kehendak mereka, Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad waktu itu didakwa menuduh Tuanku Ja'afar membela babi dan orang-orang Umno mentertawakan baginda.

Katanya, ini tidak cukup, sewaktu Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah enggan melantik Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12, baginda secara terang dilabelkan sebagai 'minatang' (binatang) oleh penyokong Umno melalui kain rentang dipamerkan ketika tunjuk perasaan membantah.

Al-Marhum Tuanku Ja'afar merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ke-10 dan Tuanku Mizan yang ke-13. Tunku Harmy menegaskan, sebenarnya rakyat tidak pernah bersengketa dengan Raja-raja Melayu tetapi sebaliknya Umnolah yang melakukan penghinaan dahsyat terhadap Raja Melayu dan merobek institusi raja di negara ini.

Hari ini tegasnya, Umno-BN cuba memainkan sentimen Melayu kononnya Pakatan Rakyat menghina Raja-raja Melayu, untuk meraih simpati mereka dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat. "Inilah perangai Umno sejak dahulu sehingga sekarang. Saya sebagai kerabat Diraja Negeri Sembilan menyeru agar rakyat menolak Umno-BN dalam PRU13 ini demi masa depan rakyat yang lebih baik," tegasnya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wow, that's what I was looking for, what a data! present here at this web site, thanks admin of this web page.

Also visit my web blog ... graduate certificate programs online

Tanpa Nama berkata...

That iѕ a grеаt tip pагticularly to thoѕe fгesh tο the blogosphere.

Ѕimple but vеry aссuгate information… Thanks for ѕharing thіѕ оne.

A must rеad artiсle!

Herе is my wеb-sіte payday loans