KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Jun 02, 2012

Moh kita "Ubah BN: Cukup 54 Tahun!" Ceramah di Telok Bakong, Bota Parit, 3 Jun 2012


Lebih 300 hadir mendengar ceramah penerangan PAS Kawasan Parit yang telah diadakan di Kg Telok Bakong Hilir, Ahad 3 Jun lalu. Berceramah hari itu Setiausaha PAS Perak, Dr Muhaimin Sulam, bekas calon PAS Bota (1995) Dato' Tarmizi Mohd Jam yang juga blogger Sanggahtoksago.Com dan Pembantu Khas Dato' Sri Nizar Jamaluddin, Amran Harun.

Ceramah bertajuk "Ubah BN! Cukup 54 Tahun" berjaya menarik perhatian anak-anak muda setempat dan mereka yakin Pakatan akan menang semula di Parit dalam PRU-13 tidak lama lagi. Ketua Penerangan PAS Parit, Cikgu Rapaie Kasimi Bahari bertindak sebagai moderator majlis.

Dalam ceramahnya yang penuh bersemangat itu, Tarmizi mengingatkan penyokong Pakatan agar bersedia hadapi PRU-13 sebagai peluang paling baik untuk menumbangkan BN. Dakwanya BN kini dalam keadaan nazak sehingga Najib tidak berani untuk bubar Parlimen dan adakan pilihan raya.

Walaupun pelbagai umpan dan bantuan dihulurkan satu persatu kepada rakyat untuk tujuan memancing undi, tetapi Najib masih belum dapat jawapan terbaik bagi mempastikan BN menang jika PRU-13 diadakan.

Tarmizi mendakwa, Perhimpunan Bersih 3.0 sengaja dihuruharakan supaya bagi membantu BN memburuk-buruk Pakatan secara terancang. Tragedi kereta polis diterbalikkan di hadapan Bangunan Sogo sengaja digelapkan, sebaliknya ia dieksploitasi Umno-BN sebagai tindakan "liar perusuh" terhadap Polis.

Walhal kisah sebenar, bagaimana kereta polis berkenaan merempuh tiga peserta Bersih dan kereta diterbalikkan untuk menyelamatkan mangsa yang tersepit dibawahnya, tidak disiarkan mana-mana media kuasaan Umno-BN.

Katanya, setelah gagal memanipulasikan isu Bersih 3.0, kini Umno-BN mula "mengganggu" ceramah Pakatan Rakyat dengan pelbagai cara. Ia dilakukan oleh topeng-topeng NGO Umno-BN yang diresapi amalan samseng jalanan. Ia bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada terus menyokong Pakatan.

Tiada ulasan: