KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Jun 01, 2012

Umno-BN terpaksa 'import' ulama luar bercakap Islam untuk pertahan Putrajaya


Umno-BN terpaksa mengguna khidmat ulama luar negara memastikan terus mereka berkuasa di negara ini, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, isu agama adalah umpan untuk menarik sokongan pengundi kepada Umno dan BN. Sebelum ini, ujarnya, Umno-BN telah berjaya menggunakan ulama rasmi dengan mengeluarkan fatwa Bersih 3.0 haram.

Terbaru, kata beliau, kenyataan dikeluarkan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah satu kejahilan, kebodohan dan kesesatan. Persoalannya, kata Ustaz Idris adakah Sheikh Dr Sulaiman mengetahui keadaan politik dan dasar politik di negara ini.

"Beliau (Sheikh Dr Sulaiman) memberi fatwa mengenai politik sedangkan beliau tidak pernah berada di dalam suasana politik demokrasi. Bagaimana beliau boleh bercakap tentang politik kepartian sedangkan beliau duduk di negara yang tidak membenarkan parti politik ditubuhkan di negara ini. Betulkah disiplin seorang ulama yang memberi fatwa sedangkan beliau tidak mendapat gambaran yang sebenar mengenai suatu perkara yang hendak difatwakan?" soalnya.

Selain itu, kata Ustaz Idris lagi, kerajaan juga akan menganjurkan Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin pada 15 Jun ini. Di antara yang akan membentang ialah bekas Canselor Universiti Al-Azhar Mesir, Syeikh Prof Dr Umar Hashim, Mufti Palestin Syeikh Ekrima Sa’id Sabri dan Imam Masjidil Haram Mekah, Syeikh Maher Al-Mueaqly. "Seminar ini sudah kita boleh buat rumusan bahawa semua rakyat wajib sokong BN dan tolak Pakatan. Inilah sebenarnya tujuan seminar ini dibuat," ujarnya.

2 ulasan:

yeop berkata...

hampa cari sheik yang buta yang jadi imam mekah baru hanpa tau haram halal kalau dok dalam hadas besar pun dia tau

Tanpa Nama berkata...

Adakah ulama-ulama yang dijemput itu golongan Wahabbi yang menyukai K-pop