Apakah persiapan parti-parti alternatif untuk menyekat "penipuan" jembalang SPR dalam memenangkan BN pada PRU 12 ini?
By TARMIZI MOHD JAM
MEMBACA kenyataan berani Sdra. Amin Iskandar @ Black, sebenarnya suatu persiapan minda. Untuk berdepan dengan keputusan yang berulang-ulang darihal "penipuan" pilihan raya oleh SPR.
Kata Amin, dalam keseronokan berkempen untuk pilihanraya, jangan pula kita terlupa bahawa penipuan pilihanraya pasti ada.
Jangan terkejut jika “mood” rakyat yang mahukan perubahan disambut dengan kekalahan demi kekalahan termasuk di kubu-kubu kuat atau kawasan-kawasan yang berpotensi menang.
Terbukti bahawa pengunaan dakwat kekal dan peti undi lutsinar adalah kosmetik semata-mata bagi memastikan rakyat terperdaya bahawa pilihanraya di Malaysia ini bebas dan adil.
Penggunaan dakwat kekal adalah tidak wajib bagi pengundi dan sesiapa yang tidak mahu menggunakannya hanya perlu mengisi borang.
Bagi Amin, peti undi lutsinar tidak bererti selagi daftar pengundi tidak dibersihkan.
Daripada maklumat yang diterima, ramai anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi pos turut didaftarkan sebagai pengundi biasa.
Bukan sahaja Amin terkejut, semua orang patut terkejut dengan jumlah pengundi yang berumur lebih daripada 100 tahun berjumlah hampir 10,000 orang terdapat dalam daftar pemilih.
Jika benar terdapat sebegitu ramai penduduk yang berumur lebih daripada 100 tahun di Malaysia, ia adalah satu rekod dunia.
Media cetak dan elektronik berat sebelah. Pendek kata padang tak sama rata. RTM yang dimilik oleh negara dijadikan mesin propaganda untuk parti Barisan Nasional.
Berikutan dengan perkembangan ini, tidak mustahil penipuan besar-besaran akan dilakukan oleh SPR untuk membantu BN menang besar dalam pilihanraya pada 8 Mac ini.
Jika ini berlaku, jangan sedih dan jangan kecewa. Perhimpunan Raksaksa bagi membantah penipuan pilihanraya akan diadakan pada 9 Mac 2008, 8.30 pm di Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur.
Sila klik disini untuk maklumat berkaitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan