Antara calon-calon Dun dalam Parlimen Marang dari PAS yang akan diketengahkan pada pilihan raya umum ke 12 kali ini!
By TARMIZI MOHD JAM
MENURUT sumber yang diemelkan kepada saya petang semalam, kedudukan BN di Parlimen Marang benar-benar gawat. BN bukan sahaja tidak sepakat kali ini tetapi bermusuh dan bercakaran sesama sendiri.
Entah apa kerenah yang diberi, dan entah apa jua musibah yang menimpa; Parlimen Marang makin hampir menjadi milik PAS. Ini bermakna, sekali lagi Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang akan melangkahkan kaki ke Dewan Rakyat selepas 8 Mac ini.
Bukan setakat menawan Parlimen Marang sahaja, tetapi kata sumber yang dianalisa datanya, empat lagi kerusi Dun bakal dikuasai PAS setelah "percakaran" sesama sendiri gagal dibendung.
Empat Dun itu termasuklah Rhu Rendang, Alor Limbat, Pangkalan Berangan dan Bukit Payung.
Paling tidak dijangka, Dun Pangkalan Berangan yang menjadi kawasan selamat BN di Marang juga terpadam sebagai Dun mampu menang BN. Kini tiada apa yang tinggal dalam catatan Bilik Gerakan komponen itu?
Namun begitu, PAS perlu meningkatkan gerakerjanya dan sentiasa berwaspada dengan taktik kotor BN di saat-saat akhir.
Sekalipun, jalan menuju ke Marang makin cerah disinari purnama tetapi di sana terdapat rakan kongsi utama mereka berbaju SPR yang dikhuatiri akan meleyapkan impian PAS untuk menumpaskan semua calon BN dalam pilihan raya kali ini di Marang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan