KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 30, 2009

PAS Kawasan Parit sebenarnya tidak calonkan Nizar Jamaluddin tapi Ahmad Awang untuk kerusi Naib Prsiden PAS

PAS Kawasan Parit sebenarnya tidak mencalonkan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin untuk merebut jawatan Naib Presiden parti, sebaliknya mencalonkan Ustaz Ahmad Awang ke jawatan tersebut.

Nizar kata Ketua Penerangan PAS kawasan itu, Cikgu Rafie Kasini Bahari sebentar tadi hanya dicalonkan untuk Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat sahaja. Tetapi dalam kenyataannya sebelum ini, Nizar dicalonkan sebagai Naib Presiden parti.

"Saya mohon maaf atas kesilapan maklumat sebelum ini," katanya ringkas melalui satu SMS kepada Sanggahtoksago.Com.

Sebelum ini, Sanggahtoksago melaporkan Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa, masing-masing dicalonkan semula oleh PAS Kawasan Parit pada Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja kali pertama parti itu hujung minggu lalu.

Muka baru, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (laporan sebelum ini) turut dicalonkan untuk merebut jawatan Naib Presiden bersama Mohamad Sabu dan Dato' Paduka Husam Musa. Kesemua pencalonan tersebut dibuat pada sesi mesyuarat itu.

PAS kawasan Parit telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya pada 19 April lalu dan memberi mandat kepada Jawatan Kuasa PAS Kawasan untuk menentukan pencalonan semua jawatan penting dalam parti.

4 ulasan:

TBO berkata...

salam tok sago

ha ha ha udah teman jangke dah rope itu le PAS Parit dalam tindak tanduk deme payah le nak menang mun rope itu koje deme, nak mencalonkan sape jadi Naib Presiden pun udah bertolo-tolo deme, koje mendekati rakyat aram, tak kan ayik ceramah aje.

Kulop Ngetor berkata...

salam,

orang dah ke langit, deme masih lagi pikio nak ambik ustaz mad awang jadi naib presiden. apa ceriter yop paie oii...

teman ingat kita koje parti ni syok sendiri le, nampaknya. tak berubah-rubah...

Tanpa Nama berkata...

ape le kome ni....bila cakap ikut hentam aje kan ke udah malu... macamane oghang nak percaye cakap kite lain kali. cakap dalam ceramah berdegor-degor, betui ke tidak ape yg dikabokan tu entah le..

TBO berkata...

salam TMJ

ana qoute balik kate-kate Sheikh Mohd Noor mansor dalam kuliah tafsir fi zilal quran di titi gantung dulu2- mon rope itu juge ( same macam dulu)senang cakap tak ade le tu perubhannya,maksud teman PAS Parit tak berubah cara bertindak dan berkoje. Bukan masalah calonkan DS Mohd Nizar atu ustaz Ahmad Awang keme tak ade masalah deme nak calonkan sape pun. yang keme kritik care PAS Parit berkoje dan bertindak same ahe dari dulu, blog pun tak mandang, yang teman nampak dewan Muslimat PAS parit yang lebih banyak mengatur program kemasyarakatan dan mendekati rakyat. Allahu'alam